
Sejak kebelakangan ini, beberapa selebriti terkenal telah menamatkan zaman bujang mereka dengan jejaka pilihan hati masing-masing. Malah, terbaru Tasha Shilla dan pasangan, Atiq Idris mendapat perhatian ramai di majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 28 Februari lalu.
Pasangan ini turut mendapat pujian ramai setelah hampir seminggu mengikat tali pertunangan, mereka telah mengambil keputusan untuk menghalalkan hubungan.
Dengan sekali lafaz, Tasha Shilla pada Jumaat lalu disatukan dengan pasangan pilihan hati dan telahpun sah bergelar suami dan isteri.
Meskipun, berita percintaan mereka tidak dihebohkan namun perkahwinan mereka menjadi bualan hangat dimedia sosial.
Tasha Shilla dimajlis perkahwinan jadi perhatian ramai
Apatah lagi, Tasha Shilla pula kelihatan sangat cantik dan berseri-seri apabila mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal di majlis akad nikahnya sehingga foto-fotonya itu viral dan dipuji ramai.
Dalam pada itu, melalui majlis resepsi pasangan ini pula bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan! Majlis berkenaan telah berlangsung di The Great Hall pada 28 Februari lalu dan ternyata ianya juga meraih perhatian ramai peminat dan netizen.
Apatah lagi, pasangan ini memilih majlis resepsi mereka dengan bertemakan Melayu Tradisional yang cukup meriah. Difahamkan juga, majlis mereka turut diserikan dengan persembahan silat dan tari tradisional.
Bagai pinang dibelah dua
Sama cantik, sama padan
Diserikan dengan tari tradisional
View this post on InstagramJoget tradisi, warisan kami, sehingga kita dapat bertemu lagi eewahh ☺️ @senadatari
Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat pasangan sama cantik, sama padan ini!
Sumber: Tasha Shilla via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply