“Please bagi Awal sorang je pengacara melodi, tak over dan mengada2” – Netijen

Rancangan Melodi adalah salah satu rancangan kegemaran rakyat Malaysia yang paling dinanti-nantikan. Rancangan yang bersiaran setiap hari Ahad di TV3 itu memaparkan kisah menarik tentang perkembangan artis hiburan tanah air dan juga luar negara. 

Bagi siapa yang tak tahu, Melodi sebenarnya mula bersiaran sejak tahun 1993. Pejam celik pejam celik rupanya Melodi dah bertahan selama 27 tahun lamanya. Yang lebih menarik, Melodi masih tetap bersiaran setiap hari ahad, cuma waktunya saja yang berubah.

Sepanjang itu jugalah pengacara Melodi bersilih ganti. Antara selebriti yang pernah berkesempatan menjadi pengacara Melodi termasuklah Fauziah Ahmad Daud, Saiful Apek, Sheila Rusly, Pak Nil, Azwan Ali dan ramai lagi. 

Salah seorang selebriti yang paling lama dengan Melodi sudah semestinya Awal Ashaari. Bayangkan dia mula menjadi hos Melodi sejak tahun 2012 lagi.

 Boleh dikatakan kita semua dah terbiasa dengan kemunculan Awal di Melodi. Bila terpaksa digantikan dengan hos lain, rasa macam pel1k pulak kan.

Setelah hampir 6 tahun menjadi hos Melodi, pada tahun 2017 Awal membuat pengumuman rasmi di mana dia mengambil keputusan untuk menamatkan khidmatnya. 

Awal menjelaskan yang dia ingin memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaya lakonan dan juga perniagaannya. Namun sejak kebelakangan ini, Awal kelihatan sering muncul bergandingan bersama-sama Janna Nick di Melodi. Eh, awal dah kembali mengacara semula dengan Melodi ke?

Kemunculan Awal disambut baik oleh netizen kerana rata-rata merindui selebriti itu bersiaran di Melodi seperti suatu ketika dulu. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiap tiap minggu mcm ni la situasi kat @meloditv3 ? tak sempat nak bawang.

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on

Kehebatan Awal ketika mengacarakan rancangan itu tidak boleh dinafikan kerana dia sememangnya kelihatan sungguh profesional dan mempunyai auranya yang tersendiri sehingga boleh menarik minat ramai penonton.

Ada juga netizen yang request supaya Awal menjadi hos Melodi tanpa digandingkan dengan sesiapa. Bukan tu je, ada juga yang dah lama tak tengok Melodi sejak Awal tidak lagi menjadi hos. Begitu hebat sekali penangan Awal ni ye.

Ramai rupanya yang merindui akan kemunculan Awal sebagai hos di Melodi macam dulu-dulu yaa? Bukan senang seseorang hos itu nak mendapat tempat di hati penonton tau.

Hari ni Awal kelihatan bersiaran secara langsung tanpa gandingannya, Janna Nick. Agak-agak Awal dah kembali menjadi hos Melodi ke? Kalau betul, makin tinggilah rating Melodi nanti. 

Semoga Awal akan terus sukses dalam kerjaya terutama sekali dalam dunia pengacaraan.

Sumber: Ig Awal Ahsaari via orenlaici

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply