Dari Mufti Kini Jadi Menteri, Ini Kisah Hidup Dr.Zulkifli Mohamad Al Bakri

Sahibus Samahah Dato Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri di lahirkan pada 16 januari 1969. Dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu. Beliau sangat dikenali sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang dilantik pada Jun 2014.

Pendidikan  Awal

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu. Dan kemudian meneruskan ke peringkat menengah Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985-1988).

Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993).

Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman.

Jawatan Yang Pernah Disandang

  • Bekas pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Penulis dan pendakwah bebas
  • Ahli Panel Kajian Akidah dan Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan
  • Pengerusi, Jawatankuasa Penemuduga Tauliah Mengajar dan Ceramah Agama di Wilayah Persekutuan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Taqwim dan Melihat Anak Bulan.
  • Pengurusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam.
  • Pengerusi Jawatankuasa Wakaf, Pusaka, Wasiat dan Sumber Am MAIWP (JKWSA).
  • Mufti Wilayah Persekutuan

Jawatan Lain

  • Shariah Advisory Council, Bank Negara (2016 – 2019)
  • Panel Penasihat Fakulti Syariah Dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia, USIM 2013 sehingga kini.
  • Panel Penasihat Syariah TV al-Hijrah (2017 – 2019)
  • Ahli ISRA (International Shari’ah Research Academy for  Islamic Finance) Council of Scholars.
  • Penasihat Persatuan Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia Darussiyifa’ (bermula 2017).
  • Panel Pemikir Pengurusan Islam Manhaj Malaysia, JAKIM (bermula 2018)

Hari ini dalam sejarah, pada 9 Mac 2020, beliau telah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Agama Islam Malaysia.

“Babak pertama, episod baharu…” – Coretan pertama mantan mufti WP, sejurus catat sejarah dilantik menteri

PENGUMUMAN senarai anggota Kabinet pada petang Isnin membuat kejutan apabila Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menjadi mufti pertama di negara ini menduduki kerusi jemaah menteri.

Zulkifli yang merupakan Mufti Wilayah Persekutuan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasisn di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya! Muhyiddin umum senarai Kabinet baharu, tiada TPM

Zulkifli menerusi posting di laman sosialnya berkata, sejurus pelantikan itu, beliau terus menuju ke Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan. ⁣

“Babak pertama, episod baharu… sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣

“Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya,” katanya.

Perkongsian Zulkifli di laman sosial sejurus selepas pelantikan sebagai menteri.

Selain doa, Zulkifli turut meminta agar semua pihak memberi pandangan kepada beliau dalam menerajui kepimpinan.

“Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredaanNya.

“Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakal,” katanya.

Beliau dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada Jun 2014 sehingga kini.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Beliau turut diberikan pengiktirafan seperti Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H/2012Ml, Anugerah Tokoh Ilmuan Negeri Selangor 1433H/2012M, Anugerah Tokoh Dakwah Media TV AL-Hijrah 2014, dan Ikon Integriti dan Anti Rasuah 2019 oleh Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah Malaysia (SPRM).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: SK

Be the first to comment

Leave a Reply