Connect with us

Hiburan

“Wajah bangga pada wajahnya sambil cakap ‘anak aku pun berlakon’.” – Sweet Qismina Buka Cerita Pasal Arw4h Ayah

Published

on

Pelakon Sweet Qismina mendedahkan bahawa arw4h bapanya, Supandi Mohammad pernah menghalangnya untuk menceburi dunia hiburan.

Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 23, berkata ketika itu, bapanya bimbang dengan persepsi orang ramai terhadap industri hiburan yang sering dipandang negatif.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillahirrahmanirrahim. Meet Luna & Areeq ? #dramaPinkSmile @sweetqisminizers

A post shared by ? فرهنا قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina) on

“Saya tak pernah jumpa lelaki selembut dan sebaik baba. Kalau anda nak tahu, dia pernah enggan membenarkan saya masuk dalam industri kerana takut dengan persepsi orang mengenai industri hiburan yang dilihat sebagai ‘bad & dirty’ (teruk), jadi dia tak nak saya kena.

“Bagaimanapun, dia tidak terus menghukum dan marah (dengan apa yang saya minat). Bahkan, dia cuba untuk memahami diri dan minat saya,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Bahkan, menurut Sweet, bapanya itu kemudian yang banyak membantunya untuk menceburi dunia lakonan.

“Dalam dia ya, satu hari dia jumpa abang Aziz M. Osman kat R&R (kawasan rehat dan rawat) dan dari situlah munculnya pembabitan saya dalam Hikayat Putera Shazlan.

“Tahu tak?  Wajah bangga pada wajahnya sambil cakap ‘anak aku pun berlakon’ benar-benar menyentuh hati saya. Selepas itu, apa sahaja yang saya buat, dia akan selalu berikan tanda sokongan sampailah hari terakhir. Terima kasih baba,” luahnya.

Pada posting tersebut, Sweet turut berkongsi gambar kenangan dirinya sekeluarga sempena tanda ingatan ulang tahun kelahiran bapanya yang dirai pada 7 Mac.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

7th March 2020, Happy Birthday Baba ? I tak pernah jumpa lelaki selembut dan sebaik Baba. If you nak tahu, He refused to let me in into this industry because dia takut with people’s perception of entertainment industry as BAD & DIRTY, so dia tak nak I kena. But he didn’t judge me, he wasn’t mad at me. In fact, he tried to understand me and my passion. Dalam diam ye, one day dia jumpa Abang Aziz M Osman kat R&R and that was my first season of Hikayat Putera Shazlan came out. Guess what? The proud look on his face, sambil cakap with excitement “anak aku pun berlakon” really touched my heart. And after that, apa je I buat, he will always pat my head as if he said “I’m so proud of you sweet” sampai la hari terakhir ☺️ Thank you Baba. Your berkat, kindness, positivity & full of love has made me who i am today. Happy Birthday ❤️ ( Rindu…Al-Fatihah Baba & Kakak ) Oh & happy birthday kak @elfiraloy ! ? #fqs

A post shared by ? فرهنا قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina) on

Sweet menceburi dunia lakonan sejak 2007 dan mula dikenali dengan lakonannya dalam drama Hikayat Putera Shazlan pada 2008.

Saksikan lakonan Sweet yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending