“Saya lepaskan dia… tak nak dia kemvrungan dan stress” – Alha Alfa s4h bercer4i selepas enam bulan berkahwln

 

HANYA mampu bertahan selama enam bulan, perkahwinan jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa bersama Datin Noor Azlin Ismail sudah berakhir. 

Menurut Alha atau nama sebenar Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 31, mereka sepakat untuk berpisah secara baik setelah tiada lagi persefah4man.

“Setelah saya cuba sembunyikan perkara ini, harini ada hamba Allah yang menulis dan menyebar berita ini, mungkin juga ini salah satu jalan Allah ingin membuka ruang dan jalan untuk kami masing-masing.

“Sebolehnya saya ingin berdiam diri dan tak nak besarkan hal ini supaya aib kedua-duanya terjaga, tapi mungkin ini ujian berat dalam hidup saya.

“Saya sudah meminta izin bekas isteri untuk menulis mengenai ini dan habiskan secara damai… harap tiada pihak mengeruhkan lagi. Terima kasih kepada bekas isteri kerana memb4hagiakan saya selama setengah tahun bersama,” katanya menerusi laman Instagram.

Alha berkongsi status rumah tangganya di Instagram pada Ahad.

Sebelum itu, sebelum portal berita melaporkan dakwaan kononnya rumah tangga Alha dan isteri telah ber4khir.

Sementara itu, Alha juga memberitahu perbezaan jarak usia dan kerjaya menjadi punca dia dan Azlin memilih untuk berpisah.

“Tak apalah isteriku, semoga dia jumpa pasangan yang betul-betul memahami kehendaknya, maafkan saya kerana gagal mengemudi bahtera ini ke syurga!”

“Mungkin sebab dia terlalu muda dan impikan hidup sentiasa bersama sedangkan pekerjaan dan masa saya terh4d dan buatkan dia tak boleh terima kerjaya saya dan menjadi perselisihan faham.

“Mungkin sebelum kahwin dia boleh terima pekerjaan saya, kehidupan saya, p4ngkat saya tetapi bila hidup bersama akan sentiasa rasa cemburu dan tidak puas hati.

“Kehidupan kami normal macam biasa dan saya pun dah nak jadi ayah tapi keguguran mungkin belum rezeki… tetapi apa yang saya pertahankan ini tak panjang, saya tak nak dia kemurungan, stress berpanjangan, ugut nak cederakan diri dan lain-lain, gambar saya luka tu saya bergelut menghalang dia mencederakan diri,” ujarnya.

Majlis resepsi mereka pernah vir4l apabila kek mewah perkahwinan mereka runtuh dan terbalik.

Setelah memikirkan segala kemungkinan, Alha berkata percer4ian adalah jalan terbaik dan mendoakan supaya Azlin bertemu dengan pengganti yang lebih baik.

“Saya lepaskan dia sebaiknya, saya tak boleh berhenti bekerja dalam bidang saya, ini mata pencarian saya, syarikat, staf saya… kalau saya kalah, semuanya habis.

“Tak apalah isteriku, semoga dia jumpa pasangan yang betul-betul memahami kehendaknya, maafkan saya kerana gagal mengemudi bahtera ini ke syurga.

“Saya kena terus kuat menempuh ujian Allah ini, biarlah apa yang berlaku sekalipun, saya dah cuba kurangkan kerja saya dan niat nak bulan madu ke Makkah tapi tak kesampaian kerana Covid-19,” katanya.

Terdahulu, Alha dan  Noor Azlin Ismail, 23, berkahwin di Taiping, Perak pada 28 September tahun lalu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

assalamualikum sahabat2 kaum keluarga,followers2 semua, salam israk mi’raj??..setelah sy cuba sembunyikn perkara ni, harini ada hamba allah yg menulis n menyebar berita ini, mgkin juga ini salah 1 jln ALLAH ingin membuka ruang n jalan utk kami masing2..sy sebolehnya ingin berdiam diri n xnk besar2kn hal ini supaya aib kedua2 nya terjaga, tapi mgkin jga ini ujian berat dlm hidup sy, 1st sekali sy sudahpun meminta izin ex-wife sy utk bertulis mengenai ini dan kami sama2 akan mengahbiskan semua ni secara damai,dan hrap tiada pihak yg akan mengeruhkan lg,sy amat berterima kasih kpd EX sy,telah membahagiakn sy setengah tahun bersama, maybe krna beliau muda dan impikan hidup sentiasa bersama sdgkn pekerjaan n masa sy sgt terhad, sy kawin dlm masa business sy sedang naik, byk masa n keringat sy kumpul keselesaan dimasa tua nanti bersamanya terhenti disini,mgkin terlalu byk shooting,keje luar, dll lagi buatkan beliau xboleh terima kerjaya sy, benda ini akan mnjadi persilisihan faham bila sy nak ke kerja, sy risau nak keluar umah utk keje,sy hampir hilang diri sy ??? betul, mgkin sebelum kawen beliau boleh terima pekerjaan sy, kehidupan sy, title sy, tetapi bila kehidupan bersama, akan sentiasa rasa cemburu n tidak puas hati tu, sumpah sy faham n cuba letak diri dlm keadaan beliau, siapa sy utk memaksa beliau memahami sy??? kehidupan kami normal macam biasa n haritu sy pun dah nak jadi ayah tapi keguguran mgkin belum rezeki,..tetapi ape yg sy pertahan kan ini xpanjang, sy tanak beliau kemurungn, stress berpanjangn, ugut nak cederakan diri dll..gambr sy luka tu sy bergelut menghalang beliau utk mencederakn diri ??? sy xboleh n kalah bab ni sbb sy tidak dibesarkan dlm situasi macamni,mgkin gurauan bagi beliau tapi ini sgt menakutkn sy.jd sy lepaskan beliau sebaiknya,sy xbleh berhenti bekerja dlm bidang sy, ini mata pencarian sy, company sy, staff2 sy,kalau sy kalah,semuanya habis..xpelah isteriku, smoga beliau jumpa psangan yg betul2 memahami kehendaknya maafkan sy krn gagal mengemudi bahtera ini ke syurga,sy kene terus kuat mnempuh ujian ALLAH ini, biarlah ape yg blaku sekali pun..sy dh cuba kurangkn m.up sy,n niat honeymoon ke MAKKAH xsmpi ? krn covid-19 ?

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply