Dipertikai Keluar Rumah, Wawa Zainal Jawab Mengapa Bukan Aeril…

Pelakon Wawa Zainal akui terp4ksa keluar rumah ketika dalam tempoh perintah kawalan pergerakan semalam.

Sebelum keluar, Wawa berkata dia perlu membuat persiapan perlindungan ke atas diirinya dan akui ia seolah-olah seperti hendak pergi berper4ng.

 

“Cari barang dapur kejap. Rasa macam nak pergi berp3rang,” tulisnya.

Wawa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Wawa memuat naik fotonya memakai topeng muka dan berbaju hujan.

Namun entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang mempersoalkan mengapa tidak suaminya, Aeril Zafrel sahaja keluar membeli barangan keperluan tersebut.

“Aeril sahaja la yang keluar, ke Aeril tiada di rumah?,” komen peminat itu

Ia turut mendapat perhatian Wawa untuk membalas serta menjelaskan keadaan sebenar.

“Ada, tapi lagi risau kalau dia keluar duduk lama-lama dalam supermarket sebab nak cari barang satu-satu.

“Kalau kita ni, dah tahu barang apa kena beli,” balasnya.

Ini antara respon pengikutnya di Instagram :

Ditambah pula dengan komen suaminya Aeril yang sememangnya ramai tahu suka menyakat isteri dan berjenaka di laman Instagram.

Sejak 18 Mac lalu hingga 31 Mac ini seluruh negara perlu mematuhi  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam tempoh dua minggu ini, orang ramai diminta untuk menghabiskan masa di rumah dan mengurangkan aktiviti di luar bagi mengelakkan diri daripada jangk1tan wab4k C0VID-19 yang sedang mel4nda negara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply