PTVM bela nasib kru produksi

KUALA LUMPUR: Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) mengambil inisiatif mewujudkan tabung khas bagi membantu meringankan beb4nan penggiat seni balik tabir yang terjej4s selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tabung Bantuan COVID-19 Penggiat Seni akan diagihkan kepada mereka yang berkelayakan menerusi kerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA).

Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, syarikat penerbitan terpaksa menghentikan penggambaran dan tugasan, sejak arahan PKP dikeluarkan. Ini menyebabkan kebanyakan kru produksi yang bekerja secara kontrak dan makan gaji hari hilang punca pendapatan.

“Kami faham ramai penggiat seni terkesan dengan arahan PKP apabila syarikat produksi terpaksa menghentikan penggambaran serta merta. Ia secara tidak langsung menjejaskan pendapatan mereka di kalangan kru produksi yang kebanyakan bekerja secara sambilan.

“Mereka bagaikan hilang punca pendapatan untuk menyara diri dan keluarga. Jadi, PVTM mengambil inisiatif mewujudkan tabung khas dan minta syarikat penerbitan yang prihatin membantu menyalurkan sumbangan, tak kira dalam bentuk wang ringgit, makanan atau barangan keperluan bagi meringankan beb4nan mereka.

“Sumbangan diterima akan diagihkan kepada penggiat seni yang layak. Kami berharap usaha dilakukan PVTM ini dapat membantu meringankan kesengsaraan yang ditanggung penggiat seni ketika berdepan dengan detik sukar dan tiada pekerjaan ini,” katanya kepada BH Online.

Selain PTVM, inisiatif yang sama diambil oleh FDAM yang menvbuhkan tabung khas bagi membantu pengarah dan dan penggiat seni. SENIMAN pula sudah mula mengagihkan barangan keperluan berbentuk beras, gula, minyak dan tepung kepada ahlinya.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: bharian

Be the first to comment

Leave a Reply