“Harap dia tidak menunjukkan minat dalam F1” – Legenda F1 bakal tlmang bayi lelaki pada usia 89 tahun

BEKAS bos Formula Satu (F1) Bernie Ecclestone akan menjadi bapa buat kali keempat pada musim panas ini dengan isterinya Fabiana Flosi.

Lelaki berusia 89 tahun itu memberitahu akhbar Swiss, Blick ketika dia menjalani isolasi diri bersama isterinya itu di Brazil.

“Ya isteri saya akan bers4lin pada musim panas ini. Harap dia belajar cara bermain catur dalam masa terdekat,” katanya.

Bayi yang bakal lahir pada Julai itu merupakan anak lelaki pertamanya.

Dia sudah memiliki tiga anak perempuan iaitu Deborah, 65, Tamara, 35, dan Petra, 31.

Deborah merupakan anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya Ivy Bamford manakala Tamara dan Petra adalah anak bersama isteri keduanya, Slavica Radic.

Ecclestone berkahwin dengan Fabiana pada 2010 di sebuah chalet ski miliknya di Switzerland.

“Sama seperti ibu bapa lain kami hanya satu harapan, anak yang dilahirkan kelak dalam keadaan sihat.

“Harap dia tidak menunjukkan minat dalam F1,” kata Fabiana yang 45 tahun lebih muda daripada suaminya kepada Blick – Dailystar.co.uk

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply