Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya

Kemunculan seorang wanita dipercayai warganegara asing secara tiba-tiba di Menara One City menyebabkan suasana agak kelam kabut dan kecoh seketika sebaik sahaja dia mendedahkan latar belakangnya.

Seperti yang umum ketahui, Menara City One merupakan lokasi ketiga kerajaan melaksanakan PKPD atau Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan.

Kementerian k3sihatan Malaysia sebelum ini mengesahkan terdapat diantara 17 k3s posit1if C0v-19 di kawasan yang terletak di Jalan Munshi Abdullah di ibu negara dipercayai ada kaitan dengan indeks kluster tabligh Masjid Sri Petaling.

Para pengamal media yang berkampung di situ sejak 8 pagi tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan wanita berjubah hitam itu sekitar jam 2.30 petang.

Dia yang menaiki Grab dilihat menjinjing dua beg plastik seperti mahu menghantar sesuatu namun telah diminta oleh pasukan k3selamatan yang bertugas 24 jam di situ supaya menunggu.

Suasana agak kecoh apabila wanita itu memberitahu bahawa dia adalah penghuni di situ dan menunjukkan dokumen pengenalan diri kepada petugas k3sihatan yang juga ditugaskan di lokasi berkenaan.

Kelihatan petugas k3sihatan memeriksa suha badan wanita berkenaan sebelum mengiringi beliau masuk ke bangunan tersebut.

AMBULAN SAMPAIa

Wanita misteri dilihat menaiki ambulans ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Menara City One, Kuala Lumpur

Selang sejam kemudian kelihatan ambulans Kementerian k3sihatan tiba di perkarangan Menara City One dan tidak lama selepas itu iaitu kira-kira jam 3 petang wanita itu dilhat dibawa ke dalam ambulans dengan kawalan k3selamatan begitu ketat.

Difahamkan wanita itu merupakan susp3ek C0v-19 yang telah dikuarantin selama dua minggu di sebuah pusat kuarantin.

Bagaimanapun dia kemudian dibebaskan dari pusat tersebut dan bertindak mengambil Grab untukpulang sendiri ke kediamannya di Menara City One.

Dia juga dipercayai mempunyai keluarga di kondominium itu namun tidak dapat dipastikan lokasi mana beliau dibawa selepas meninggalkan kawasan yang telah diisytiharkan PKPD itu.

Dengan pelaksanaan perintah itu,

* Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

* Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

* Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan di menara itu.

* Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar di lobi k3selamatan pintu utama menara.

* Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

* Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

Sumber : Malaysia Gazette

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply