“Kaki saya longlai, air mata mengalir tanpa henti” – Sebak! 30 hari terpisah… akhirnya Fazley Yaakob dapat pelvk civm anak-anak

SETELAH hampir sebulan tidak bertemu keluarga kerana terikat dengan kerja di luar negara dan melalui tempoh kuarantin diri, akhirnya chef selebriti Datuk Fazley Yaakob dapat bertemu isteri dan anak-anaknya.

Menurut Fazley, sepanjang tempoh tersebut dia terp4ksa menahan kerinduan sehinggalah bertemu semula di kediaman mereka pada Selasa.

“Saya akhirnya di rumah… 30 hari tanpa anak-anak, isteri serta keluarga adalah satu penyiksaan jiwa! Terpisah kerana kerja dan kuarantin diri sesuatu yang saya tak jangkakan.

“Saya rasa saya kuat tapi apabila balik melihat anak-anak, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luruh, air mata saya mengalir tanpa henti.

“Rindu yang teramat sangat!,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram.

Video dikongsi Fazley mengundang sebak pengikut.

Dalam video itu, Fazley tidak dapat menahan k3sedihan dan menitiskan air mata ketika memeluk isteri Datin Azrene Soraya dan empat orang anaknya.

Pada 24 Mac lalu, Fazley mengakui emosinya terganggu apabila anak bongsu iaitu Alayna Selma menangis kerana tidak dapat memeluknya.

Ini berikutan dia baru pulang dari Singapura selepas tiga minggu berada di negara republik itu atas urusan kerja.

Fazley kuarantin diri setelah pulang dari Singapura atas urusan kerja.

Bagaimanapun, demi k3selamatan keluarga dia mengambil pendekatan dengan mengasingkan diri secara sukarela dan selama dua minggu.

Sementara itu, rata-rata pengikut memuji tindakan Fazley mengikut saranan kerajaan dengan kuar4ntin diri setelah pulang dari luar negara meskipun tiada sebarang simptom j4ngkitan C0vid-19.

“Bagus cara Datuk kuarantin diri, Alhamdulillah home sweet home. Keluarga bahagia.

“Akhirnya Datuk dapat jumpa famili… setiap kali post video keluarga air mata akan jatuh, saya doakan semoga famili Datuk sentiasa di dalam lindungan Allah SWT,” komen pengikut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply