Did4kwa Makin Kurus & Tidak Ceria Seperti Selalu… Ini Respon Isteri Aliff Syukri

Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida sering berkongsi resipi masakan kepada pengikutnya di Instagram (IG).

Terbaru, Shahida menunjukkan cara menyediakan penkek labu untuk dihidangkan kepada anaknya, Yusof Al Qardawy dan Ameena sebagai juadah minum petang.

“Resipi penkek Labu!! Kalau budak-budak ni ada kat rumah memang kejap-kejap dorang cari makan termasuk la kenit 2 orang ni pantang tengok orang melangkah ke dapur.

“Tau-tau je dah ada kat belakang kita. Jadi hari ni saya masakkan penkek Labu untuk Yusoff dan Meena untuk minum petang dorang.

“Lagu tak de kena mengena dengan sesiapa ni memang lagu kegemaran saya okey,” tulisnya di sebuah entri.

Walaubagaimanapun, rakaman tersebut mencuri perhatian warganet apabila ada yang mend4kwa Shahida kelihatan sem4kin kurus.

“@nurulnorazie: Napa Datin m4kin kurus? Hmm anak-anak awak sangat comel la.

“@queenladi8: Datin sangat kurus sekarang.

Shahida tidak berdiam diri lantas memberikan jawapan.

“Saya puasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni,” balasnya.

Dalam pada itu, ada segelintir yang menyatakan wajah Shahida tidak seceria seperti sebelum ini.

“Muka Datin sekarang nampak tak ceria macam dulu la. Saya harap Datin selalu di bawah lindungan Allah,” tulis seorang penggguna.

“Saya ceria. Saya puasa jadi nampak letih,” jawab Shahida.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau budak2 ni ada kat rumah mmg kejap2 dorang cari makan termasuk la kenit 2 orang ni pantang tengok orang melangkah ke dapur…tau2 je dah ada kat belakang kita…jadi hari ni saya masakkan pancake Labu utk yusoff dan meena utk minum petang dorang❤️ . Lagu x de kena mengena dengan sesiapa ni mmg lagu kegemaran saya ok?

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

 

Kisah rumah tangga Aliff dan Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Baru-baru ini, kecoh apabila surat tuntutan cer4i dipercayai milik pasangan itu tersebar di Internet.

Difahamkan, Aliff dan Shahida sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion Resident Kuala Lumpur berdasarkan video dimuat naik di Instagram (IG).

Menerusi perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply