“Sy4hdu Di Pagi Syawal” Aina Abdul Tlru lengg0k Siti Nurhaliza?

 

KUALA LUMPUR: Lenggok suara penyanyi, Aina Abdul, 27, tidak ubah seperti penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam menghasilkan single raya berjudul Syahdu Di Pagi Syawal.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Sumpah itu bukan menlru, sebaliknya mengambil inspirasi lagu Air Mata Syawal dendangan Siti yang begitu diminatinya.

Tidak dinafikan, lenggok suara dan rentak lagu Syahdu Di Pagi Syawal kedengaran seperti Air Mata Syawal, tetapi masih ada perbezaan. Aina menerapkan elemen tradisional seperti lenggok dan alatan muzik yang digunakan dalam penghasilan lagu.

Penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu juga menggunakan khidmat pemain seruling terkenal, Mohar Bambu untuk memberikan sentuhan membuai rasa dan mengasyikkan.

Mengambil keberkatan Ramadan, Aina melancarkan lagu Syahdu Di Pagi Syawal ciptaannya dan lirik ditulis bersama Wan Mohamad Zakaria Wan Mohamad Zen pada hari pertama berpuasa, hari ini.

“Secara jujur, saya meminati Siti dan semua lagu nyanyiannya. Lagu Air Mata Syawal juga antara lagu kegemaran saya. Saya pernah menyanyikan lagu berkenaan ketika menyertai pertandingan karaoke.

“Apa yang boleh dikatakan, saya membesar bersama lagu nyanyian Siti. Saya pernah bercita-cita mahu menghasilkan lagu raya yang memiliki melankolik. Akhirnya, impian menjadi kenyataan dengan terhasilnya lagu Syahdu Di Pagi Syawal.

“Saya akui, lagu Syahdu Di Pagi Syawal boleh dikatakan mengambil inspirasi lagu raya dendangan Siti. Bukannya apa, saya nak rasa dekat dengan lagu ini seperti menghayati em0si lagu Air Mata Syawal dan Pulanglah,” katanya BH Online.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia merakamkan lagu Syahdu Di Pagi Syawal pada penghujung Februari lalu.

“Lagu ini menceritakan kisah seorang anak yang berjauhan dengan ibu bapanya di pagi Syawal. Apabila direnung semula, lagu Syahdu Di Pagi Syawal sangat tepat dengan keadaan sekarang yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita tidak tahu hingga bila tempoh PKP berakhir, ada kemungkinan ramai yang tidak boleh pulang berhari raya disebabkan w4bak COVID-19 yang belum dapat dihapuskan.

“Jadi, lagu Syahdu Di Pagi Syawal akan menjentik em0si anak perantauan yang tidak dapat pulang menjenguk orang tua pada pagi raya,” katanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syahdu Di Pagi Syawal out now ? all digital platforms and lyric vid di YouTube page Aina ? link di bio Aina ? Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua ?? . #eidmubarak #ramadhan #ramadan2020 #newsingle #staystrong #stayhome #staysafe #stayhealthy #ainaabdul #ainations #vocals #singer

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syahdu Di Pagi Syawal. 24/4. ??

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply