Mira Filzah Bahagia Berkurung Di Rumah Ketika PKP Kerana Untuk Mengenali Karakter Satu Sama Lain

Umum yang mengetahui berkaitan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana pelbagai sektor terjejas termasuklah sektor industri seni sehingga aktiviti-aktiviti hiburan dan juga penggambaran terpaksa ditangguhkan demi menjaga keselamatan semua.

Bagi pelakon Mira Filzah yang juga merupakan pengantin baru menggunakan masa sebaiknya ketika tempoh berkvrung di rumah untuknya dan suami Wan Emir Astar untuk mengenali karakter satu sama lain.

Mira berkongsi akan kemahiran baru yang dipelajarinya sejak berumah tangga adalah belajar untuk membuat kek, selain itu dia juga kini suka mengemas rumah kerana sebelum ini dia jarang berbuat sedemikian kerana tiada masa disebabkan sibuk bekerja.

“I think I improve a lot in terms of my baking skill. Sebenarnya kemahiran memasak dan membuat kek ni berbeza. kalau masak lauk-pauk, lebih senang sebab hujung-hujung nanti kita masih boleh adjust rasanya.

katanya lagi “Tapi kalau baking, kalau dah siap kita rasa tak sedap, ia dah tak boleh diubah. Sekarang Mira suka mengemas. Dulu sebelum kahwin, jarang dapat mengemas sebab jadual kerja yang terlalu padat. Berbeza sekarang, Mira belajar untuk lebih organize,”

Mira juga berkata apabila dia sibuk bekerja dia penat dan tidak memasak tetapi sepanjang PKP ini beliau hanya menghabiskan masa dengan memasak.

Jika sebelum ini penat dan tiada masa untuk memasak, sekarang lah masa yang sesuai untuk memasak kerana seharian di rumah tanpa terikat dengan mana mana penggambaran.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Mira turut berkata “memasak ni kan macam latihan practice make perfects, kalau kita rajin InsyaAllah pasti Mira akan lebih mahir pada masa depan”

Semoga Mira dapat menggunakan dan meluangkan masa yang paling baik semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply