Risteena dan Isa Khan nikah Jumaat depan, cipta lagu istimewa untuk bakal isteri

TEKA-TEKI mengenai majlis pernik4han Isa Khan dan Nur Risteena akhirnya terjawab apabila pasangan selebriti itu mengumumkan bakal disatukan pada Jumaat depan.

Isa membuat pengumuman itu ketika sedang menjalani penggambaran video muzik lagu berjudul Karunia Terhebat yang dicipta khas untuk aktres itu.

“Kami tengah shoot muzik video Karunia Terhebat yang saya ciptakan istimewa untuk Risteena. Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk beritahu Insya-Allah 12 Mac 2021, saya dan Risteena akan diij4bkalbulkan.

“Kepada semua yang mengenali mahupun tidak mengenali diri kami, mohon doakan agar urusan ij4b kabul kami nanti dipermudahkan,” kata Isa.

Ruang komen pada perkongsian video yang dimuat naik di Instagram milik Risteena pada Jumaat dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan selebriti.

Baru-baru ini, Risteena dan Isa hanya memberi bayangan mereka bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Mac namun masing-masing merahsiakan tarikh pernik4han tersebut.

Menerusi kapsyen yang ditulis kakak kepada pelakon Ruhainies itu turut disertakan lirik lagu istimewa itu yang membawa maksud hadiah atau pemberian terhebat.

“Dia memberikan kita hati, suci untuk cinta. Bukan bisa untuk memb3nci, d3ngki dan dvsta. Aku tercari-cari, di mana cinta abadi. Sampai saat yang di nanti, cinta bermula di sini,” tulisnya.

Sebelum ini, Risteena dan Isa memberitahu mereka terpaksa menundakan pernik4han yang sepatutnya berlangsung pada 20 November tahun lalu berikutan pandemik C0vid-19.

Pasangan itu mengumumkan berita pertunangan mereka di majlis sambutan ulang tahun kelahiran Risteena di Bora Ombak, Putrajaya pada 6 Disember 2019.

 

Sumber : MSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply