[VIDEO] “Ala sekerat… Part 2 please…” Gandingan Shuib & Ryan Bakery mantappp!

Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27 sebelum ini bekerja di lapangan terbang, namun dia telah diberhentikan kerja kerana pandemik. Disebabkan itu, Ryan pulang ke kampung halamannya di Manjung, Perak. Dia ada melakukan perniagaan kecil seperti menjual kuih, menjual ikan laga dan dari situ fikirannya dah mula terdetik untuk melakukan video-video parodi.

Pemilik nama Ryan Bakery sudah tidak asing lagi dalam kalangan wargamaya dengan video yang dihasilkan mengimbau kenangan zaman kanak – kanak.  Perkongsian videonya ke aplikasi TikTok dengan trademark bedak penuh di muka telah meraih sehingga berjuta tontonan. 

Terbaharu, Ryan Bakery muncul bergandingan dengan pelawak dan usahawan terkenal iaitu Shuib Sepahtu bagi mempromosikan minuman miliknya iaitu BubbleBee. 

Menerusi video tersebut, Ryan yang melakonkan watak kanak – kanak memerhatikan Shuib membuat pembelian di Bubble Bee.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Aksi bersahaja meskipun video tersebut tanpa dialog, namun lakonan mereka berdua berjaya menarik hati para penonton dengan gelagat mereka yang melucukan. 

Melihat pada ruangan komen, rata – rata warganet serta rakan selebriti turut terhibur dengan gandingan mereka berdua. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: Sinar Viral

Be the first to comment

Leave a Reply