Ingat Mirul je jadi m@ngsa… Hahaha.. [VIDEO] ‘Outfit’ anak Ain Edruce buat ramai terhibur

Soraya Muhammad Amirul Hafiz merupakan puteri sulung Ain Edruce dan suami yang pada asalnya jantina bayi selebriti ini tidak diketahui oleh mereka sendiri sepanjang tempoh kehamilan sehingga hari dilahirkan.

Ain sebelum ini pernah menceritakan pada awalnya dia meneka bahawa anak yang bakal dilahirkan itu adalah lelaki namun suaminya pula meneka yang anak sulung mereka merupakan bayi perempuan.

Selain memiliki nama klasik yang sebutannya hanya sepatah, wajah comel anak Ain Edruce ini selalu raih tumpuan peminat.

Terbaru menerusi laman Instagram & Tiktok rasmi miliknya, Ain berkongsi gelagat anaknya iaitu Soraya memakai kostum seakan Mumia sempena sambutan Halloween.

Penampilan Soraya rata-rata mencuit hati ramai, apabila dia dilihat tampil dengan bedak di muka, manakala hampir keseluruhan tubuhnya pula dibaluti dengan pembalut luka.

“Penakot jangan tgk.. kang x boleh tido…Sabar je lah dgn mummy eh.. haha. Ser4m x the mummy pipi londeh ni?,” tulis Ain Edruce di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 23.9k di Instagram dan 89.3k di Tikt0k serta pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan penampilan Soraya.

Untuk makluman, Soraya adalah puteri sulong Ain dan suaminya Muhammad Amirul Hafiz yang kini berusia 1 tahun 5 bulan.

Komen netizen:

  

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: Instagram & TikT0k Ain Edure

Be the first to comment

Leave a Reply