“Dia Beritahu Apa Saya Patut Buat…” – Pernah Alami Depr3si, Alyph Ded3h Sifat Caprice

Penyanyi hip-hop kelahiran Singapura, Alyph memberitahu pernah mengalami depr3si sewaktu p3ndemik C0v!d.19.

Memetik laporan Kosmo, Alyph atau nama sebenar Muhammad Alif Abdullah mended4hkan Caprice merupakan antara individu terawal menghulurkan bantuan ketika dia diserang depr3si.

“Caprice kawan baik saya dan orang pertama yang saya mesej ketika rasa ada ‘sesuatu’ tak kena dengan kesihatan ment4l adalah dirinya.

“Kami dah kenal lama. Dia ada beritahu apa patut saya buat (waktu itu) dan memberi jalan bagaimana untuk berdepan masalah tersebut (depr3si).

“Saya sangat hormat dan hargai Caprice sebab tak kisahlah apa sahaja yang sedang berlaku, dia sentiasa akan angkat panggilan telefon saya,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Swipe ini, dia pernah mempunyai sejarah masalah kesihatan ment4l namun perlahan-lahan kesihatan ment4lnya mula membaik.

“Apa saya boleh nasihat, kalau ada sesuatu yang tak kena dengan ment4l kita. Jangan percaya apa yang kalian baca atau nampak dalam internet.

“Dapatkan bantuan (jumpa pakar). Baca buku untuk dapatkan ketenangan atau baca al-Quran,” kongsinya.

KUALA LUMPUR 12 NOVEMBER 2020 – Sesi fotografi Caprice selepas majlis pelancaran single terbaharu bertajuk Langgar di Angkasa Event Space Bandar Sri Permaisuri di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: HAIKAL HIBURAN KOSMO / ATHIRAH HIBURAN UTUSAN

Mengulas tentang kontroversi yang sering dikaitkan dengan Caprice, dia memilih untuk memandang sifat positif kawannya itu berbanding perkara neg4tif yang diperkatakan ramai.

“Caprice tak pernah larikan diri daripada apa-apa pun. Jadi, apa sahaja yang dia buat sekarang, kita sebagai manusia sebenarnya hanya suka tengok dan lontarkan pendapat memb4bi bvta.

“Sungguhpun begitu, saya bersetuju bahawa beberapa perkara perlu diselesaikan atau dilaksanakan secara peribadi,” ujarnya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://www.xtra.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply