“Tiada kena mengena pun dengan Ustaz Kazim”-Zarina Anjoulie Ber4ng, Cerita Perkara Sebenar

Zarina Anjoulie meluahkan rasa kesal apabila ada individu yang menggunakan gambarnya untuk tujuan politik sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menerusi muat naik di laman Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju itu menjelaskan terdapat individu yang mengambil video lamanya dan menyunting pada wajah pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias untuk tujuan politik.

“Anju sangat kesal dengan sikap manusia, ambil video Anju tahun lepas dan edit pada muka Ustaz Kazim.

“Video tu video tahun lepas, tiada kena mengena pun dengan Ustaz Kazim, Ustaz Kazim is a really good person as Anju pernah shooting dengan dia.

“Orang-orang politik ni kalau ye pun nak mengani4ya aku dengan Ustaz Kazim!,” tulisnya.

Jelas Zarina lagi, dia berkata itu adalah fitn4h semata-mata dan memberitahu tindakan s4man akan diambil oleh peguam.

“Anju minta tolong semua ini fitn4h, mereka ambil video lama Anju dan edit. Letak muka Ustaz Kazim.

“Anju dah minta lawyer hantar surat saman pada 3 individu di Facebook, tindakan sam4n akan diambil,” jelas Zarina.

Di perkongsian sama, Zarina juga turut memuat naik bukti yang beserta gambar yang disunting itu. -CARI

PRU15: Ustaz Kazim ded4h punca tarik diri jadi calon

Dalam perkembangan lain, Penceramah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias menjelaskan tujuannya menarik diri daripada menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Larut adalah demi kepentingan keluarga.

Dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias, 50, beliau mahu mengelak timbulnya masalah, susulan abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau mewakili Perikatan Nasional (PN-Bersatu).

“Saya berpegang kepada prinsip tidak bertanding dalam bidang politik jika digandingkan bersama ahli keluarga, selain ia juga amanat arw4h ibu,” katanya pada sidang media di Kompleks Darul Barakah, Manjoi, di sini hari ini.

Mohammad Kazim berkata, pada mulanya beliau mengambil keputusan untuk menandatangani watikah sebagai calon BN Parlimen Larut tanpa mengetahui bahawa Najmuddin turut menandatangani watikah untuk mewakili parti lain.

“Selepas beberapa rundingan dan perbincangan dengan keluarga, saya ambil keputusan untuk tandatangan watikah sebagai wakil BN tetapi abang saya pun tandatangan satu lagi watikah parti lain tanpa kami ketahui.

“Saya hormati dia dan beri laluan kepadanya,” katanya.

DUN Batu Kurau terletak di bawah Parlimen Larut, selain DUN Selama dan Kubu Gajah.

Pada 2 November lalu, Mohammad Kazim menarik diri daripada bertanding mewakili BN di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan digantikan dengan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud, yang akan bertemu Auzaie Fadzlan Shahidi (Pejuang-Berjasa), Zolkharnain Abidin (PH-AMANAH) dan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-BERSATU). – BERNAMA

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply