‘Saya tak gil4,”-Luahan Hati Zaiton Sameon Buat Ramai S4yu

Kuala Lumpur: “Saya balik kampung semua orang cakap saya g1la. Saya g1la ke? Saya tak gila. Saya cakap kalau saya g1la, saya dah bu.nuh orang. Saya masih ingat lirik dan boleh memandu.”

Demikian luahan penyanyi veteran Zaiton Sameon ketika ditemui pada majlis penyerahan Kad Or3ng Up4ya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

Zaiton, 66, jelas kec3wa dan sedih dengan tanggapan neg4tif masyarakat terhadapnya.

Dia juga sedih apabila ada artis seangkatannya ‘tikam bel4kang’ apabila menjaja cerita kepada penganjur mengatakan dia tidak boleh menyanyi.

“Dia bawa mulut kepada penganjur kata berkenaan perkara ini. Saya masih boleh menyanyi sampai sekarang. “Siapa yang tak sedih bila dikata begitu. Katanya saya ‘lal0k’. Insya Allah saya masih boleh ingat lirik. Malah mengaji pun saya masih ingat tajwid.

“Saya juga terkilan kerana tiada tawaran menyanyi langsung dari mana-mana pihak untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tahun-tahun sebelum ini ada juga dipanggil,” katanya.

Pegawai Pembangunan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Norfarhani Zakaria yang turut berada di situ memujuk Zaiton apabila menjelaskan dia bukan g1la tetapi mengalami kesan fizikal.

“Saya melihat borang, doktor menjelaskan Zaiton Sameon dikategorikan sebagai OKU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Keceder4an Otak).

“Zaiton bukan mengalami masalah ment4l. Cuma kadar ingatannya tak sama macam orang lain. Kalau kenangan lama yang dia buat, dia takkan lupa,” katanya.

Penyerahan Kad OKU yang berlangsung di ibu pejabat JKM Wilayah Persekutuan, di sebuah hotel di ibu negara dibuat oleh Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh.

Ia membolehkan Zaiton layak memohon untuk menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.

Penyanyi lagu Menaruh Harapan kini tinggal bersama anak angkatnya Che Sikah Ismail atau Ikah dengan menyewa rumah di Bukit Indah, Ampang dengan kadar sewa RM800 sebulan .

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:  http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply