Bahu ced3ra kena t3ndang, Ashraf Muslim ceritakan apa sebenarnya yang terjadi

Pelakon Ashraf Muslim terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan menaiki ambulan selepas mengalami keceder4an akibat ditendang kuda pada Ahad lalu.

Ashraf atau Muhd Ashraf Muslim, 41, berkata, dia mengalami keced3raan di bahagian bahu kiri selepas ditendang dan disadung oleh kuda miliknya ketika menyertai sebuah program perlumbaan kuda di Penn Endurance Cherating Beach, Terengganu.

“Pertama kena tendang dengan kuda orang lain. Kedua di sadung dengan kuda sendiri. No pain, no ride. Tunggu sebulan lagi, apabila sudah sembuh Insya Allah kita ride semula,” katanya.

Ashraf berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memperlihatkan dia sedang terbaring di dalam ambulan bagi mendapatkan rawatan di hospital. Dalam video tersebut, Ashraf memakai anduh pada bahagian bahu selain pergelangan tangan kanannya turut berbalut.

Dalam pada itu, Ashraf memberitahu disebabkan insiden itu dia tidak dapat menghabiskan perlumbaan 40 kilometer bersama kudanya namun berjanji akan kembali beraksi selepas pulih daripada keced3raan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Namun pelakon itu menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak penganjur atas rawatan segera yang diterima selepas kejadian berlaku.

“Mungkin kali ini tiada peluang untuk saya habiskan 40 kilometer tapi berbekalkan semangat yang ada, saya akan lawan. Doakan saya dan saya doakan kalian semua dimurahkan rezeki dan diberikati Allah SWT. Amin.

“Apa-apa pun terima kasih kepada yang membantu dan Alhamdulillah pihak perubatan untuk acara kali ini sangat mesra dan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah yang sungguh cekap dan teliti serta mesra dengan pesakit… terima kasih doktor dan jururawat,” katanya lagi.

Komen :

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply