Selepas Setahun Mendvda, Ini 6 Wanita Cantik Yang Dijodohkan Dengan Shuib “Macam Tak Percaya”

Adik Nur Heliza Helmi, Hazwani, menafikan dirinya adalah wanita ‘m1steri’ yang dikaitkan sedang berkawan dengan usahawan serta pelawak terkenal, Shuib.

Hazwani yang ditemui media pada majlis pelancaran filem pertama lakonannya, Road To Heaven, mengakui terkejut ketika mula-mula terbaca dakwaan berkenaan.

“Saya pun tak tahu macam mana d4kwaan macam tu boleh timbul. Saya tahu (mengenai isu itu) pun selepas ada individu yang berkongsi mengenainya melalui Instagram.

“Apabila membacanya, saya memang sangat terkejut, tapi taklah sampai terkesan atau terganggu kerana saya tahu perkara tu tak benar,” jelasnya.

Tambah pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi di Universiti Islam Antarabangsa itu, dia sendiri tidak pernah terfikir untuk mendekati Shuib kerana sedang menyelesaikan pengajian yang dijangka tamat Ogos ini.

Katanya, dia hanya mengenali lelaki itu sebagai teman artis.

“Saya kenallah dia sebagai pelawak, tapi nombor telefon dia pun saya tak ada apatah lagi pernah berjumpa mahupun berhubung.

“Jauh lagi perjalanan saya. Saya memang langsung tak terfikir ke arah tu (untuk menamatkan zaman bujang),” katanya di Pawagam P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ampang Jaya, semalam.

Nampaknya seorang demi seorang, nama selebriti wanita Malaysia yang dikαitkan dengan Shuib, semenjαk dirinya bertukαr stαtus bapa tunggαl.

Siti Nordiana, Hazwani Helmi, Dato Vida dan terbaru Wan Sharmila pula. Seperti tiada kesudahannya.

Semua wanita yang dikαitkan dengan Shuib cantik dan sopan, namun selepas ini entah siapa pula yang akan dikαitkan pun tidak pasti.

Netizen juga tidak le.tih untuk mencari penggαnti ‘ibu’ yang sesuai untuk keempat-empat anak Shuib.

Memang niat tersebut murni tetapi rasa-rasanya cukuplah setakat ini, tak eloklah untuk Shuib. Lama-lama tαkut orang menyαmpαh dan tak suka pula.

Wan Sharmila ‘jatuh sayang’ dengan peribadi anak Shuib, Talita

Pelakon Wan Sharmila, 40, atau mesra disapa Lala, teruja dapat meluangkan masa bersama anak perempuan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin iaitu Dzahira Talita Zahra.

Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed turut memuji keperibadian Talita, 9, sebagai seorang yang sopan santun dan menghorm4ti orang yang lebih berusia.

“Ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan Talita. Alhamdulillah, semua dipermudahkan dan akhirnya saya dipertemukan juga dengannya.

“Dia seorang anak yang baik, pandai menghorm4ti orang dan pandai buat orang gelak dengan aksi bersahajanya.

“Sama seperti yang saya kongsikan di Instagram, Alhamdulillah Talita sudi berkawan dengan saya dan kami serasi bersama. Seronok rasanya dapat meluangkan masa bersama,” katanya.

Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Siti Sarah pada Rabu lalu, Talita dilihat bertemu dengan Wan Sharmila di sebuah pusat membeli belah.

Rata-rata netizen mengakui turut berasa sebak menonton pertemuan Talita dengan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu.

Terdahulu, nama Lala menjadi tular di media sosial apabila didakwa sebagai ‘wanita misteri’ yang memeluk anak perempuan Shuib. Warga maya memetik nama pelakon wanita itu berdasarkan bentuk tubuh dan penampilannya.

Lala memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana enggan disalah erti oleh mana-mana pihak. Dia bagaimana pun menafikan dia adalah individu di dalam video berkenaan.

“Kalau boleh, saya tak nak ulas lebih lanjut mengenai perjumpaan itu. Bimbang nanti orang boleh salah faham pula.

“Apa-apa pun, doakan yang baik-baik untuk saya dan juga Talita sekeluarga,” katanya.

“Tak Mungkin Bercinta Dengan Vida, Saya Cari Seseorang Yang …” – Shuib

Pelawak dan usahawan terkenal Shuib menegaskan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida bukan individu yang sedang dikenalinya ketika ini.

Kata Shuib kepada Harian Metro, dia bagaimanapun selesa berkawan dengan Vida hanya untuk urusan bisnes makanan yang sedang diusahakan bersama-sama ketika ini.

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi.

“Jadi tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.

“Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,” ujarnya.
Sesiapa sahaja jodoh yang bakal hadir dalam hidupnya, kata Shuib wanita terbabit perlu mendapat persetujuan ibu serta anak-anaknya.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.

“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” katanya.

Vida sebelum ini memaklumkan tidak menolak seandainya ditakdirkan bercinta dengan Shuib yang disifatkan punyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Biarlah Shuib yang tentukan wanita mana untuk dipilih sebagai suri hati menαmαtkan status bapa tunggαl yang dipegαngnya kira-kira tujuh bulan lalu.

Nak cari pasangan ni, banyak perkara yang perlu diambil kira.

Netizen mahu Nana, Shuib dijodohkan

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Siti Nordiana, 37, tidak melat4h apabila netizen mengaitkannya dengan pelawak, Shuib Sepahtu, 37, sebaliknya, menganggap hanya usikan peminat.

Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana berkata, dia terkejut apabila video dikongsikan di aplikasi TikTok ketika berkunjung ke sebuah butik menjadi tular, baru-baru ini.

“Sejujurnya, saya tidak tahu video ini menjadi tular. Sebenarnya, saya selalu pergi butik berkenaan untuk mengambil baju untuk persembahan. Pereka fesyen di butik ini sudah biasa bekerjasama dengan saya.

“Namun, tidak sangka pula usikan mengatakan saya menempah baju kahwin menjadi tular sehingga nama dikaitkan dengan Shuib.

“Bagaimanapun, saya sudah lali dengan gosip, malah, tidak mengambil pusing mengenainya,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, nama Nana dikaitkan dengan suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selepas video dipercayai milik pereka fesyen menunjukkan Nana datang ke butiknya untuk menempah baju tersebar.

Malah, pemilik video itu sempat mengusik kononnya Nana datang ke butik menempah baju perkahwinan.

Nana terkejut apabila video dikongsikan di aplikasi TikTok ketika berkunjung ke sebuah butik menjadi tular, baru-baru ini. – Foto IG Siti Nordiana

Gara-gara video berkenaan, netizen membuat spekulasi dan cuba menjodohkan Nana dengan Shuib yang kehilangan arw4h isteri akibat p4ndemik C0VlD-19 pada 9 Ogos lalu.

“Dengan Shuib ke?” tanya seorang netizen.

“Macam sesuai dengan Shuib,” komen seorang pengguna aplikasi TikTok.

Ini berikutan Shuib membuat pengakuan sedang mengenali hati budi seseorang, namun, hubungan belum sampai tahap serius pada majlis pelancaran tudung Loveta X Anzalna milik syarikat arwah isterinya, minggu lalu.

Malah, Shuib mendedahkan ibunya sudah memberikan lampu hijau dan menyarankan membuka pintu hati mengenali wanita.

Shuib mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Nana pula pernah mendirikan rumah tangga pelakon Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006, namun, bercer4i pada September 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 14.

Apapun, kami doakan Shuib bertemu wanita yang elok daripada semua segi dan disayangi serta menyayangi anak-anak.

Tak salah saya pilih Watie – Shuib

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mohon keputusan menjalinkan hubungan rapat dengan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah tidak dipertikaikan.

Anggota kumpulan Sepahtu beranggapan tidak salah membuat pilihan kerana dirinya lebih tahu baik atau buruk setiap keputusan dilakukan.

Katanya, dia tidak akan sesekali merosakkan kehidupannya dengan anak-anak.

“Insya-Allah, saya tahu mana baik dan buruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya.

“Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie.

“Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya. Jadi, takkan saya mahu merosakkan kehidupan.

“Sudah tentu saya akan menjaga kehidupan saya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin,” katanya kepada BH Online.

Bagi penyampai radio Suria FM itu, dia faham peminat mengambil berat mengenai dirinya dan anak-anak.

Namun, pintanya, janganlah berlebihan memandangkan banyak hati perlu dijaga.

Shuib berkata, dia yakin orang luar pasti menyangka keputusan mengenali hati Watie dilakukan kerana keinginannya sendiri.

Sedangkan, bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia mendahulukan ibu dan anak-anak, manakala keinginan diri jatuh nombor tiga.

“Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan mental mereka.

“Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.

“Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan mereka,” ujarnya lagi.

Shuib berkata, dia dan Watie kini sedang dalam fasa mengenali hati budi bersama ibu dan anak-anaknya.

Sementara itu, mengulas dakwaan bakal menamatkan zaman duda dengan Watie pada Mac tahun depan, Shuib berkata, tiada sebarang perancangan dibuat dan perjalanan ke arah perkahwinan masih jauh.

“Belum ada perancangan dan rasanya macam jauh lagi perjalanan ke arah itu. Ini kerana saya mahu pastikan anak-anak terima kehadiran Watie dahulu.

“Perkenalan dalam tempoh dua hingga tiga bulan belum cukup untuk menilai Watie. Namun, Alhamdulillah hubungan kami berjalan lancar, anak-anak dan mak pun suka dengannya,” katanya.

Hubungan dengan Shuib, ini jawapan Zara Zya

PETALING JAYA – Masih menjadi tanda tanya ramai, pelakon popular Zara Zya enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sebaliknya meminta orang ramai menitipkan doa yang baik-baik buat dirinya.

Tidak jemu menjawab hal tersebut, pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 37, itu berkata dia memahami keprihatinan orang ramai yang sentiasa ingin mengetahui tentang dirinya terutama berkaitan hal percintaan.

“Saya memang tidak mahu ulas panjang mengenai hal tersebut

“Namun saya faham ramai yang nak tahu tentang saya. Selagi masih tiada kata putus, orang masih nak tahu tentang hubungan cinta saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi naskhah Pia itu turut berkongsi perancangannya membuka cawangan terbaharu kedai minuman berasaskan madu, Bumble Bee tidak lama lagi.

Perancangan tersebut secara tidak langsung meleraikan tanda tanya ramai susulan hubungan baik dan sering muncul dalam video bersama Shuib.

Jadi, apa yang boleh cakapkan ialah doa yang baik-baik untuk saya.

“Satu perkara yang pasti ialah saya akan buka sebuah cawangan kedai minuman Bubble Bee tidak lama lagi,” katanya.

Terdahulu, namanya sering kali menjadi sebutan apabila beberapa kali muncul bersama Shuib dalam video yang dimuat naik menerusi platform digital masing-masing.

Biarpun seolah-olah sudah mendapat ‘restui’ umum sekiranya ditakdirkan bersama, Shuib mahupun Zara sebelum ini pernah menegaskan hubungan mereka sekadar sebagai sahabat seindustri dan usahawan, bukannya bercinta seperti yang dicanang umum. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://bartasangbad.site/

Be the first to comment

Leave a Reply