“Kalau Tak, Baby Buat Muka Tak Baik” – Comelnya! Gelagat Jebat Jayden Ugvt Mommy Gara-Gara Nak Makan Keropok Buat Ramai Ketawa

Gelagat anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sekali lagi mengundang tawa warganet di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di platform tersebut, Sharnaaz telah memberitahu Nabila bahawa anak mereka itu sedang makan keropok ketika pelakon itu membuat Live di Instagram.

“You ni dia makan keropok, nanti you marah eh. Satgi mommy tengok mommy marah pastu dia mesej,” katanya.

@shrnzmn

pandai jebat “ugut” mummy balik eh AHAHAH #sharnaazahmad #jebatjayden #noornabila #fyp #fypシ

♬ original sound – ^-^ – ^-^

Dalam pada itu, Sharnaaz sempat berpesan kepada Jebat supaya menggosok giginya sebelum masuk tidur.

Namun, Jebat secara spontan mengugut Nabila supaya tidak memarahinya gara-gara ingin makan keropok.

“Okay, tapi mommy jangan marah. Tapi kalau mommy marah, baby buat muka yang tak baik,” kata Jebat.

Mendengar kenyataan itu dari anaknya, Sharnaaz kelihatan sangat terhibur namun sempat berpesan agar Jebat tetap menghormati ibunya, Nabila.

“Suka-suka je nak buat muka tak baik kat mak hang, baby tak bau syurga nanti, bau kaki je. Syurga kan di bawah tapak kaki ibu,” katanya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons dari warganet yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat dua beranak itu.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER:xtra

Be the first to comment

Leave a Reply