“Dulu Aku Suruh Kau Bertahan Kan, Sekarang Aku Rasa…” – Lufya Titip Pesanan Buat Puteri Sarah

Pelakon Lufya Omar pernah menasihati Puteri Sarah untuk terus mempertahankan hubungan bersama suami, Syamsul Yusof ketika rumah tangganya sedang bergolak.

Menerusi perkongsian Puteri Sarah di Instagram, dia memuat naik video meletakkan syarat buat suami yang hendak berkahwin lagi dengan menggunakan audio di TikTok.

“Orang lelaki nak isteri dua tiga boleh, bagi duit RM10,000 setiap bulan, banglo sebiji, BMW sebiji, lepas tu tak balik pun tak apa, beres,” katanya.

Menurut Sarah, syarat yang diberikan perlu lebih banyak daripada yang dikatakan di dalam video tersebut.

“Mesti ada syaratkan. Isteri-isteri setuju tak? Tapi kena lebih lagi kan?” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Meninjau di ruangan komen, Lufya meninggalkan pesanan untuk Sarah agar membuat keputusan yang mengutamakan kebahagiaan diri sendiri dahulu.

“Dulu aku suruh kau bertahan kan, sekarang aku rasa kau dah kena buat keputusan untuk kebahagiaan diri kau sendiri dulu baru fikirkan yang lain.

“Sampai bila nak merana kan. You deserve to be happy with someone who can appreciate you,” ujar Lufya.

Susulan perkara itu, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Lufya untuk Sarah mencari kebahagiannya sendiri bersama anak-anak.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply