“Mana Papa Ibu…” Sed1hnya Bila Sumayyah Tahu Ibu Dan Ayahnya Akan Berpis4h

Puteri Sarah Liyana menjadi bukti bahawa hati seorang isteri tidak boleh dipermainkan seperti boneka. Mereka sanggup berjuang habis-habisan untuk memperbetulkan masalah rumah tangga meskipun ia berat.

Namun jika hati sudah tawar dan penat, usah ditanya mengapa jika mereka enggan menoleh ke belakang lagi. Hari ini Sarah bersedia sebab ada adik-adik teman.

Setelah melalui perbincangan serius dengan semua pihak, hari ini Puteri Sarah dengan penuh bersemangat melangkah masuk ke perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Ditemani dua orang adiknya sebagai penguat semangat, lebih 30 orang team media juga dilihat mengerumuni lokasi terbabit bagi melakukan liputan sehingga perbicaraan tamat hari ini. Dah fikir masak-masak, tiada peluang kedua buat Syamsul.

Ira Kazar kunci mulut sampai hari ini. Hingga kini, Ira Kazar dilihat masih mengunci mulut meskipun namanya menjadi bualan hangat 1 Malaysia sejak 2 minggu lalu termasuklah tidak direstui kedua-dua mentuanya. Tidak rela dimadukan dengan cara sebegini menjadi punca Sarah nekad mahu membawa haluan sendiri.

Nekad ingin memfailkan perceraian Isnin ini, kemelut rumah tangga di antara Puteri Sarah Liyana, Syamsul Yusof dan Ira Kazar seperti tiada akhirnya selepas ada pihak yang mendakwa pelakon jelita itu anti poligami.

Menyedari perkara itu, Sarah tampil memberi respons dan menepis dakwaan tersebut gara-gara mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa dirinya tidak rela dimadukan tempoh hari yang lalu.

Menurut Sarah, keputusan yang dibuatnya itu dianggap sebagai petunjuk dari Allah atas doa yang dimintanya ketika menunaikan ibadah umrah di Mekkah, tahun lalu.

“Ramai kata Sarah tak nak poligami. Malah, ada juga yang anggap Sarah anti poligami. Mereka kata Sarah tak nak ikut suruhan Allah. Itu semua tak betul.

“Sarah pergi umrah bulan puasa tahun lepas dan minta Allah tunjukkan jalan keluar. Inilah petunjuk Allah pada Sarah dengan apa yang berlaku. Keputusan bercerai adalah Allah yang gerakkan hati Sarah,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Sarah juga mengakui dirinya sudah reda dengan segala ujian yang sedang dilaluinya kini biarpun ada yang mempertikaikannya.

“Cuma Sarah, Syamsul dan pastinya, isteri barunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah.

“Sarah memang reda dengan apa yang terjadi. Walaupun ada yang mempertikaikan betulkah Sarah reda. Sarah tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” jelasnya.

Sebelum ini, Syamsul Yusof telah membuat pengakuan berani mati bahawa dirinya sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, selepas empat tahun mendiamkan diri.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER: erinsakura dan kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply