“Cukuplah Segala Der1ta..” – Ibu Syamsul Yusof Mahu Lihat Puteri Sarah Bahagia

Konflik rumah tangga pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana dan suaminya, pengarah sensasi Syamsul Yusof sehingga kini masih hangat menjadi perbualan ramai pihak.

Baru-baru ini, Puteri Sarah telah memfailkan cerai terhadap suaminya selepas pendedahan berani mati Syamsul telah bernikah dengan Ira Kazar pada 6 Januari lalu.

Situasi tersebut seakan telah menghancurkan hati dan perasaan ibu mentua Puteri Sarah, iaitu Datin Patimah Ismail yang terkesan akan tindakan menantu kesayangannya itu.

Berdasarkan sebuah perkongsian di Instagram, Patimah dilihat reda terhadap keadaan yang melanda rumah tangga anak sulungnya itu dan meluahkan mahu melihat Puteri Sarah bahagia.

“Mama ingin lihat Sarah bahagia, cukuplah segala derita,” katanya.

Sebelum ini, Patimah pernah meluahkan tidak akan memaafkan keluarga kazar Saisi kerana didakwa bersubahat dalam perancangan Syamsul dan Ira secara senyap.

Terdahulu, peguam syarie mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata tarikh sebutan kes cerai adalah pada 7 Mac depan.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER:xtra

Be the first to comment

Leave a Reply