Gadis Ini Menganggap Lelaki Penjual Soya Ini Seperti Bapa Kandung, Setelah Bergelar Peguam Beliau Hadir Ke Kampus Kongsi Kejayaan Bersama ‘Bapa’nya.

Seorang graduan dari Kolej Perundangan iaitu Alex Castro mempunyai hati yang sangat murni terutamanya kepada seorang lelaki tua yang merupakan pembekal puding soya.

Alex dan lelaki yang mesra dengan panggilan ‘Tatay Dong’ atau Ayah Dong itu mula membentuk hubungan yang akrab seperti anak-beranak sewaktu Alex menuntut di Universiti Philippines-Diliman.

Kini, Alex telah pun menamatkan pelajarannya di universiti berkenaan dan sedang membina kerjaya sebagai seorang peguam. Meskipun telah berjaya, Alex tidak pernah melupakan kasih sayangnya kepada Tatay Dong. Justeru pada minggu lalu, Alex telah kembali ke kampus untuk mengubat rindu pada lelaki yang selama ini dianggap seperti bapa kandungnya itu…

Alex turut mengongsikan luahan hatinya di Facebook tentang dirinya yang datang daripada keluarga bermasalah di mana kedua ibu bapanya telah bercerai. Oleh demikian, Alex telah menagih kasih serta mengucapkan rasa syukurkan kepada Tatay Dong yang selama ini menjaga Alex di kampus.

Facebook/ Alex Castro

 

“Kembali semula ke kampus adalah seperti kembali ke rumah yang penuh dengan perkara yang saya cintai selama lapan tahun termasuk awak (Tatay Dong). Semasa saya memandu di sekeliling kampus, saya asyik melihat ke arah orang ramai atau tempat yang awak selalu pergi demi mencari Tatay Dong saya.”

Menurut perkongsian Alex, dia mula menemui Tatay Dong ketika dia mula belajar di universiti tersebut. Setiap pagi sebelum kelas, mereka berdua akan berbual mesra di luar bangunan dan Tatay Dong akan merasa bimbang sekiranya Alex ke kelas tanpa sempat menikmati sarapan.

Justeru, Tatay Dong akan menunggu Alex setiap pagi untuk memberikan secawan puding soya segar sebagai sarapan enak dan istimewa buat Alex sebelum memulakan kelas. Jelas sekali Tatay Dong melayani Alex ibarat anak kandungnya sendiri dan dia sangat melindungi gadis itu.

Sehinggalah pada suatu hari dalam bulan Disember 2009, keadaan cuaca pada ketika itu hujan dan Tatay Dong telah memberikan dua bungkusan istimewa kepada Alex. Satu berisi puding soya dan satu lagi merupakan jaket kepunyaan Tatay Dong.

“Ketika saya membukanya, ia adalah jaket awak. Jaket yang awak pakai setiap pagi – satu-satunya jaket yang awak ada… Ketika saya cuba memulangkan jaket itu, awak berkata awak sudah mencuci jaket itu dan ia kini menjadi milik saya.”

Tersentuh dengan budi baik Tatay Dong, Alex kemudian membalas jasa orang tua itu dengan menghadiahkannya sehelai jaket baru! Tatay berasa sangat gembira dan bangga lantas memberitahu kepada semua orang bahawa ‘anak perempuannya’ telah membelikan jaket itu.

“Tatay Dong merupakan sebahagian besar kenangan saya di universiti. Saya tidak boleh memikirkan universiti tanpa terfikirkan Tatay.”

Sejak tamat pelajaran, Alex berusaha sedaya upaya untuk menjadi seorang peguam dan tidak mempunyai masa terluang untuk menemui Tatay Dong. Namun begitu, jauh di sudut hatinya, dia sentiasa mengingati ‘bapanya’ itu…

Jadi, sebaik sahaja Tatay Dong mendapat berita daripada rakan-rakan tentang kepulangan Alex ke kampus, dia segera kembali untuk menemui anak kesayangannya itu.

Ungkapan pertama yang Alex ucapkan apabila bertentang mata dengan Tatay Dong adalah:

“Tatay, awak kini mempunyai seorang peguam.”

Perkongsian yang begitu menyentuh perasaan ini telah mencetuskan pelbagai reaksi positif dari netizen. Ia juga boleh dijadikan sebagai peringatan kepada kita semua agar sentiasa berbuat baik kepada orang lain.

Sumber: Rappler

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply