
Orang lain punya cerita rumahtangga, orang lain pula yang terkena tempiasnya.
Ia hanya kerana nama sama!
Itu yang berlaku ke atas pengacara, pelakon dan penyanyi, Alif Satar yang sekali lagi namanya disalah petik sesetengah orang yang masih ‘keliru’ untuk membezakan dia dengan artis yang terpalit dengan kontroversi rumah tangga, Aliff Aziz.
Melalui status di laman Instagram, Alif Satar hanya memberi status ringkas mengenai kekeliruan orang ramai itu.
Dia hanya bertanya, sama ada jika ada sesiapa yang mengalami pengalaman sama, nama disalah petik walaupun tidak terlibat dalam isu berkenaan.
“Korang pernah tak kena petik nama? Padahal aku tak ada kena mengena dalam ini cerita!” tegasnya sambil memuat naik sebuah kllip video nyanyiannya.
nah.. ni ALIF SATAR belanja lagu cover lebih kali ni. kalau cakap tak sayang juga tak tahu la… ‘your body is a wonderland’ by John C Mayer.? full cover on my youtube channel… ? : alif satar.p/s korang pernah tak kena petik nama? padahal aku takdakena mengena dalam ini cerita!??♂️
Komen netizen :
hahahahahaha dia terus besarkan nama wei comel je perangai
Aliff Aziz & Alif Satar pun tak reti beza. Hurmmm
This is the only sane Alif!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Instagram alifsatar via Astro Awani/gempak
Leave a Reply