Dua orang aktivis dan pencinta haiwan sanggup membayar sekitar RM1000 demi seekor ikan yang dilihat mengalirkan air mata kerana mahu di jual di pasar di China.
Ikan itu merupakan spesis yang terancam namun dijual dengan harga murah di pasaran sana, menurut dua pencinta haiwan tersebut.
Mereka mendapati ikan seberat 50 kilogram itu dijual di sebuah pasar berhampiran pantai dekat wilayah Guangdong, China.
“Kami melihat seseorang mengusung ikan tersebut masuk ke kawasan pasar dan orang ramai kerumuninya.
“Ikan yang menyerupai dolphin itu kelihatan menangis menunggu gilirannya di siat-siat oleh itu kami segera membelinya meskipun dikenakan harga mahal kerana ingin melepaskannya kembali ke laut,” ujar salah seorang dari pencinta haiwan itu.
Selepas membayar harga yang ditetapkan, kedua pemuda itu megusung kembali ikan iu menggunakan papan dan melepaskannya kembali ke dalam laut.
Mereka menunggu selama dua jam sebelum bayangan ikan itu betul-betul hilang di laut berikutan ia sukar bergerak kerana ekornya cedera.
Ikan spesis porpoises ini kelihatan seperti dolphin tetapi bersaiz agak besar, mulut yang agak kecil berbanding dolphin.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Dailymail via siakapkeli
Leave a Reply