Hiburan
Jenama Bugatti La Voiture Noire Dilancarkan Sebagai Kereta Termahal Di Dunia Dengan Harga RM77 Juta

Apabila memperkatakan tentang jenama kereta mewah Bugatti dari Perancis, maka peminat kereta mewah dan bidang automobil sudah pasti mengenali kereta mewah dan terpantas, Bugatti Veyron yang telah berjaya memegang rekod paling lama sebagai kereta terpantas di dunia.
Baru-baru ini bersempena ulang tahunnya yang ke 110, Bugatti telah melancarkan model keluaran terbaru yang mana satu-satunya model keluaran terbaru yang dikenali Bugatti La Voiture Noire yang berharga RM 77 juta (USD18.9 juta) tidak termasuk cukai dan dengan ini ia telah direkodkan sebagai kereta termahal di dunia.
Vlad Savov/The Verge
Kereta mewah termahal di dunia ini buat pertama kali telah didedahkan dalam Pameran 2019 Geneva International Motor Show pada 5 Mac 2019 yang telah membuka tirai pameran tersebut kepada umum bermula 7 Mac sehingga 17 Mac 2019.
Vlad Savov/The Verge
Kereta Bugatti La Voiture Noire atau ‘The Black Car’, atau kereta hitam telah diinspirasikan dari model terawal Bugatti iaitu Type 57SC Atlantic yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 1930-an hingga 1940 iaitu hasil karya klasik Jean Buggati iaitu anak lelaki sulung pengasas Bugatti, Ettore Buggati.
Vlad Savov/The Verge
Kini, sudah tentu kereta mewah ini diperkemaskan dengan rekaan yang nampak lebih moden dan ‘sporty’ canggih. Dari segi prestasi, Buggati La Voiture Noire berkongsi enjin yang sama seperti yang terdapat dalam Bugatti Chiron yang pantas iaitu 1,479 kuasa kuda dengan 1,180 tork. Sungguh pantas!
The Verge
Apa yang menarik kereta ini menyasarkan kepada pengguna yang bukan sahaja mementingkan kelajuan tetapi juga melihat aspek reka bentuk yang elegan serta penuh keselesaan yang sepatutnya berada dalam kereta ‘sport’ dan mewah.
The Verge
Kenderaan dengan 16 silinder dan dilengkapi dengan 6 sistem ekzos menunjukkan dengan jelas kereta ini bukan kereta ‘sport’ biasa atau buatan kereta elektrik.
Vlad Savov/The Verge
Mana tidaknya, setiap komponen kereta ini dihasilkan dengan kepakaran hasil kerja tangan bersama kejuruteraan moden. Keseluruhan badan Bugatti La Voiture Noire diperbuat daripada karbon fiber. Khabarnya kereta ini telah dibina untuk seorang pembeli setia kereta Bugatti yang namanya belum diumumkan.
Vlad Savov/The Verge
Sudah tentu dengan tanda harganya yang mampu menyara sebuah negara miskin, kereta mewah ini disasarkan buat golongan kaya atau bangsawan yang ingin menampilkan status diri mereka dengan memiliki Bugatti La Voiture Noire. Untuk rekod, bekas CEO dan Pengerusi Volkswagen, Ferdinand Piech adalah peminat setia kereta Bugatti dan pernah memiliki model Bugatti sebelum ini. Tidak diketahui sama ada Piech adalah pemilik baru kereta ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber : The Verge, BBC News, Sinchew Daily via EraBaru
-
Hiburan2 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan6 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan6 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan6 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan6 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan6 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan5 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan6 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’