Hiburan
“Tahap Kebahagiaan Saya Di Skala 100,” – Dua Tahun Semai Cinta, Fattah Amin Terlalu Bahagia

Ditemui sewaktu sidang media tergempar membabit dakwaan menipu stokis, Fattah Amin turut mengulas kehidupan rumah tangga yang disifatkan paling bahagia dalam hidup.
Ulasnya, di sebalik kejayaannya kini, Fazura adalah wanita yang banyak mendorong kehidupannya kini.
Meletakkan skala kebahagiaan, pelakon Hero Seorang Cinderella itu memberikan markah maksimum yang menggambarkan rumah tangganya.
“Kalau bagi skala bahagia 1 to 10 tu, 10 la. Kalau 1 to 100 tu, 200%.
“Ini mungkin doa daripada peminat, keluarga. Alhamdulillah Allah makbulkan. Saya bahagia dengan isteri saya.
“Fazura banyak membantu saya. Kan orang cakap, di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita. Wanita itu adalah Fazura.”
Tidak mengelak apabila diaju soal zuriat, ulasnya lagi, dia sedar akan keprihatinan peminat namun semuanya atas kuasa Allah.
“Saya tak salahkan orang untuk tanya soalan itu. Bila kita tak kahwin, orang tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin, orang tanya bila nak ada anak.
“Kami sama-sama berusaha tapi rezeki tu datang daripada Allah Taala. Doakan supaya Fattah dan Fazura dapat baby tak lama lagi,” katanya yang bakal melancarkan lagu duet bersama isteri berjudul Paling Sempurna.
Hanya tertawa saat diajukan persoalan mengenai kewujudan buku kedua, jelasnya, penulisan buku bukan keutamaan dan tiada dalam perancangan setakat ini.
“Kata-kata cinta bersama Fazura. So far tak ada lagi perancangan keluarkan buku, just fokus kepada lakonan dan nyanyian,” tuturnya menamatkan perbualan.
“Awak Adalah Anugerah Terhebat Dari Allah” – Bersemut Juga Fattah Amin Sempena Hari Lahir Fazura
Menerusi entri di Instagram, Fattah Amin telah membuat ucapan khas buat isterinya, Fazura yang menyambut hari jadi ke-35 hari ini.
Fattah memuat naik beberapa foto menunjukkan mereka berdua sedang menikm4t1 makan malam dalam suasana romantis.
Selain itu, turut kelihatan sebuah kotak barang kemas berjenama Ceres dan kek yang dihadiahkan untuk isteri kesayangannya itu.
“Selamat hari jadi untuk isteri saya yang ‘fabulous’, awak adalah anugerah terhebat dari Allah, saya akan sentiasa bertuah memiliki awak.
“Awak sangat menghorm4t1 saya dan menganggap keluarga saya seperti keluarga awak sendiri, semoga saya terus berada di sisi awak hingga ke jannah, Insya-Allah,” tulisnya.
Beberapa minggu lalu, Fazura telah membuat kejutan hari lahir untuk Fattah ketika dia berada di New York.
Walaupun mereka tidak dapat menyambutnya bersama di Malaysia, namun ‘birthday surprise’ yang dirancang Fazura itu berjaya membuat Fattah gembira dan terharu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH
-
Hiburan2 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan6 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan6 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan6 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan6 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan6 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan5 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan6 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’