“Bagai Bidadari..” – JuruFoto Rasmi Kongsi Gambar Eksklusif Kecantikan Gaun Oksana Voevodina

Sebelum ini, rakyat Malaysia menzahirkan rasa gembira dengan berita perkahwinan diraja antara Oksana yang berusia 25 tahun dengan Sultan Muhammad V yang berusia 49 tahun dalam satu majlis persandingan yang gilang gemilang pada November 2018.

Portal itu turut melaporkan kenyataan bapa Oksana, Andrey Gorbatenko, seorang doktor pakartulang yang juga bapa mertua kepada Sultan Muhammad V. Ketika diminta mengulas mengenai perletakkan jawatan oleh menantunya, Andrey berkata,

 “Mereka (pasangan itu) mempunyai kehidupan sendiri dan saya juga mempunyai kehidupan sendiri.

Tapi saya boleh katakan sesuatu sebagai seorang doktor…

Pertama kali bertemu dengannya (baginda) saya merasa lega di sudut hati. Dengan cepatnya saya berasa Oksana pasti akan bahagia dengan pasangannya, itulah deria saya sebagai ayah memberitahu.

Tambah beliau lagi,

Dan apabila anak saya memeluk Islam, saya fikir saya perlu meneliti agama itu. Saya pergi ke kawan-kawan muslim saya. Saya ingin nyatakan disini, Islam itu agama yang menakjubkan.Dan Oksana telah melakukan hal yang betul, seorang isteri perlu mengikuti suaminya.

Saya juga melihat Sultan Muhammad V tidak mempunyai ciri-ciri yang selalu digambarkan ke atas seorang raja (angkuh, riak, somb0ng, bermewahan, boros).

Dia adalah manusia yang menarik, kami bercakap inggeris di antara satu sama lain. Saya dapat merasakan dia ialah manusia yang bijak, sopan dan berpendidikan. Jadi saya benar-benar gembira untuk Oksana,” lapor portal itu lagi.

Sehingga kini tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan beliau melangsungkan perkahwinan  dengan kerabat di raja Malaysia.

Terkini, fotographer rasmi majlis perkahwinan tersebut mula berkongsi gambar merakamkan detik bersejarah. Kelihatan gaun yang dipakai Oksana Voevodina benar-benar memukav mata tetamu. Warnanya puteh disimbah penuh dengan batu permata, cantik sekali. Dengan solekan ringkas, tidak keihatan berat, beliau tampil anggun di majlis perkahwinannya.

Lihat ucapan daripada fotografer rasmi di laman sosial:

“Tahniah kepada agensi perkahwinan @vadberry dengan kemenangan yang baik dalam acara “Acara Tahun Ini” dengan majlis perkahwinan diraja yang sebenar, yang beri  saya kehormatan untuk  menjadi jurugambar rasmi.

Majlis perkahwinan yang luar biasa, sangat menarik untuk ambil gambar, indah, elegan ini) Kepada Raja, kami sependapat dalam memberikan kerjasama untuk gambar yang menarik. Dia juga mengambil gambar di #leica (saya telah memeriksa kamera saya dalam foto terakhir ) Terima kasih kepada seluruh pasukan

Penampilan pertama  Oksana Voevodin saat menggayakan gaun puteh. Jika dilihat, rekaan gaun ini turut disertakan dengan ‘veil’ diletakkan di bahu. Ternyata rekaan ini amat memberikan kelainan. Selalunya, rekaan baju pengantin, pastinya ‘veil’ diletakkan di atas sanggul pengantin sahaja.

Oksana Voevodina bersama gaun umpama anak patung jelita

Ini pula persalinan gaun untuk upacara memotong kek. Saat diselidiki, ternyata ianya gaun yang sama! Cuma bahagian ‘veil’ di bahu, boleh dicabut dan menjadikannya penampilan baru.

Oksana Voevodina saat memot0ng kek

Jika anda boleh lihat, ada tompokan bunga bekerlipan, bertaburan di bahagian bawah gaun tersebut.

Gambar dari fotografer rasmi

Gaun yang dipakai oleh dayang-dayang pula bewarna ungu lembut. Rekaan simple dan tiada sarat dengan manik. Ini menjadikan Oksana Voevodina sebagai tumpuan utama di hari bersejarahnya. Berbanding di Malaysia, selalunya, saat majlis perkahwinan, pemakaian dayang-dayang kadangkala melebihi pengantin.

Oksana Voevodina bersama dayang-dayang
Oksana Voevodina gembira saat menonton persembahan di majlis perkahwinannya

Antara gambar kandid sekitar majlis

Gaun puteh Oksana Voevodina yang mencuri tumpuan tetamu
Saat disambut dengan persembahan majlis perkahwinan

Walauapa pun, sama-sama kita mendoakan Oksana Voevodina bersama pasangannya. Jodoh rahsia Tuhan, siapa kita dalam mempersoalkannya. Lebih baik kita belek rumahtangga sendiri, cukupkah serba serbi ilmu di dada dalam menilai orang lain. Rakyat Malaysia tetap sabar menanti berita rasmi dari keluarga istana!

Sumber : IG Max

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply