“Tengah Cari Acap, Tiba² Jiin Penghuni Hutan Menyer4ng”- Rupanya Acap Bukanlah Org Pertama, Ustaz Kongsi Berdialog dng Jiin Di Gunung Gua Tempurung.

TENGAH CARI ACAP, TIBA² JIiN ‘PENGHUNI HUTAN’ MENYER4NG KAMI!

Semalam dalam misi pencarian Acap hari ke 13 kehilangannya, kami dari jam 10 malam hingga 4 pagi bersama penduduk kampung yang arif selok belok gunung Gua Tempurung & ada dikalangan mereka dah ‘kenal’ lama dengan penghuni gunung² di Gopeng ini, tiba² kerasukan bila saya kumitkan ayat-ayat suci Al-Quran berbentuk dakwah pada bani jiin.

Setiap langkah saya diiringi ayat suci Al-Quran, azan dan permohonan agar mereka zohirkan acap jika disembunyikan oleh mereka.

Lokasinya dipinggir Gunung Gua Tempurung yang dikatakan ada zhan(sangkaan) dari penduduk kampung yang biasa dengan kes kehilangan orang sebelum² ini. Acap bukanlah orang pertama hilang disini. Katanya penduduk kampung ni,

“kami tahu, gunung di Gopeng ini boleh dikatakan antara ‘pusat’ mereka di Malaysia!”(ini bukan tilik, ini berdasarkan sejarah misteri pernah berlaku di Gopeng, sila belajar dengan penduduk lama disini! Sama seperti Gunung Ledang & sebagainya)

Jadi video ini berdurasi sejam lebih hasil dialog saya dengannya. Cuma saya tak nak kongsikan detail disini(antara sebab dialog jiin banyak bohong & fitnah) dan ringkasnya saya nak share jiin tersebut cakap jangan angkuh dan sombong bila masuk ke tempat mereka! Saya katakan semua manusia angkuh termasuk aku! JIKA mereka TAK KENAL tuhan pencipta & tak ‘menghormati’ alam kamu(jahil).

Kemudian panjang lebar selama sejam lebih dialog saya dengan makhluk PENDUSTA ini!

Pasal acap pula…. Tapi….. Maaf..

Saya rasa tak boleh kongsikan mendalam di dunia FB ini kerana sepanjang ribuan m4ngsa gangguan dibantu saya sama ada di centre Puchong, atau melalui fb page #coachhanif ini, 9/10 mereka(jiin) adalah kelentong!

kejap siihir, kejap saka, kejap bunian, kejap orang hantar, kejap saka keturunan dan sebagainya! Ke macam mana anak-anak didik gangguan & followers saya sekalian? Anda selalu dikelentong oleh mereka bukan walau sudah jumpa ramai perawat? ?

Justeru peratusan mempercayai apa dikatakan oleh Jiin malam tadi tak boleh dipercayai!(Kerana zhan tadilah kami berada di pinggir gunung ini, dikatakan acap ada disini, tapi bila kami datang tak nak ‘buka jalan’ pulak dan tak bagi balik pun acap!) Oh permainan dunia jiin sudah saya kalis!

Kerana itu medium saya bawakan sepanjang MEMBIMBING m4ngsa gangguan ini, BUKAN merawat semata-mata, adalah LEBIH BAIK dakwahkan pada m4ngsa gangguan agar lebih DEKATKAN diri dengan Tuhannya supaya segala gangguan ‘mak limah’ itu lemah melalui kekuatan iman, amal & semangatnya! Bukan kekuatan perawat atau ustaz membantu! Itu lah ditunjukkan ajarkan oleh Baginda Nabi SAW pada kita sebagai ummatnya.

Cuma saya agak terkilan bila isu Acap ini ramai meng’viral’kan tentang tilikan atau kaedah ‘scanning’ dari pengamal² perubatan gangguan & islam, “acap ada disini, acap ada disana, acap kena sorok, acap kena kurung, acap kena ikat, acap kacau tempat dia, acap kencing merata, acap sombong masuk hutan, acap ada jiin suka, acap masuk alam bunian, acap bla bla bla.. ” Astaghfirullah!! ?

Allah dan Nabi larang perkara ini.. Hayati firman Allah swt ini:

عٰلِمُ الۡغَيۡبِ فَلَا يُظۡهِرُ عَلٰى غَيۡبِهٖۤ اَحَدًا ۙ‏ ﴿26﴾ اِلَّا مَنِ ارۡتَضٰى مِنۡ رَّسُوۡلٍ فَاِنَّهٗ يَسۡلُكُ مِنۡۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهٖ رَصَدً

“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redhaiNya – Al-Jiin: 26-27

Manakala tentang sangkaan, tuduhan tanpa bukti pula, Allah & Nabi mengatakan:

اِجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

“Jauhilah kalian dari kebanyakan persangkaan, sesungguhnya sebagian prasangka adalah dosa”

– (Al-Hujuraat: 12)

Nabi SAW pula bersabda:

إياكم والظنَّ، فإنَّ الظنَّ أكذب الحديث

“jauhilah prasangka, karena prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta”

– (HR. Bukhari-Muslim).

Dan sabda Nabi SAW dengan tilik menilik atau istilah ‘scan’ ini:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

“Barangsiapa datang kepada bomoh atau tukang tilik kemudian membenarkan apa-apa yang dikatakannya, maka dia telah K4FIR terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW..”

– HR Ahmad

WALIYADZUBILLAH!!

Jadi saya berharap, majlis agama atau insitusi agama yang berautoriti jalankan tanggungjawab sedarkan masyarakat perihal ini. Masih ramai yang taasub & salah faham mengenai alam jiin dan terhadap pengamal perubatan mistik ini yang menggunakan kaedah syubhah bahkan haram seperti tilik, scan, guna khadam(jiin), orang perantaraan, rijalul ghaib dan sebagainya!

Diakhir sesi dialog dengan makhluk tersebut, sempat saya memohon maaf dengan penghuni gunung & hutan tersebut, jika ada pengamal perubatan atau sukarelawan yang masuk buat perkara-perkara yang tidak disukai mereka, atau tak menghormati dunia mereka. Walaupun niat suci nak cari Acap, tapi tak belajar ilmu hutan & ‘bunian'(ji1n).

Last sesi dialog tersebut, saya mampu nasihat & dakwahkan mereka;

“Hanya aku mintak, jika betul² kamu sembunyikan acap, kembalilah dia sama ada masih ada atau sudah tiada.. Family dia dan rakyat malaysia sedang menantikan kepulangannya! Aku tak pernah tuduh kamu, tapi pengalaman aku cukup meyakinkan jika polis, bomba, sukarelawan dah cari berbelas hari belum ketemui, mungkin ada unsur m!steri disini dari kaum kamu! Kerana penduduk sini pun tahu yang gunung² di Gopeng ini ada ‘penghuni ghaib’ seperti kamu ini!..”

Kemudian misi diteruskan mencari dengan hint² yang diberikan oleh makhluk tersebut dan penduduk kampung ini. Memang ada juga dia cakap takkan serahkan acap seperti viral sekarang ini, tapi saya tetap berpegang pada ilmu Al-Quran & Sunnah, JANGAN PERCAYA totally apa dicakapkan oleh j11n, kebimbangan AKIDAH tergelincir dan MENGAGUNGKAN alam mereka yang penuh tipudaya!

Cari tetap cari, sama ada sembunyi alam ghaib, atau hilang sesat dihutan!

Bagi pengamal yang ada unsur saya nyatakan diatas, mohon maaf, sabda Nabi SAW;

قل الحقَّ ولو كان مرَّاً

“Berkata benarlah walau pahit!”

– Sohih Ibnu Hibban

Saya tak mahu dengan tilik menilik, tuduh menuduh, sangka sangkaan membuatkan akidah rakyat Malaysia dan khasnya keluarga m4ngsa tergelincir, dan taasub pada makhluk hantu yang takde kelebihan & kemuliaan pun berbanding manusia dijadikan Allah sebaik-baik ciptaan seperti kata Allah didalam Al-Quran Al-Karim..

Justeru sama-sama lah kita bawa ilmu ini dengan ilmu yang soheh dari Al-Quran, hadis & ulama.. Bukan sekadar kutip pengalaman sembang atau main dengan hantu 24 jam.. Jiin amat suka kita berubat tanpa ILMU..

Last, saya harap kita JUST doakan sahaja Allah pertemukan kembali acap ke pangkuan keluarganya. Dan sukarelawan sama ada orang awam, ngo, perawat, ustaz, dan sebagainya lagi dipermudahkan urusan mencari m4ngsa. Dan juga Allah berikan ketabahan hati buat keluarga m4ngsa InshaAllahu Taala!!

Sekian, saya HANIF AHMAD – Jurulatih Gangguan Jiin anda sudi bimbing anda pulih dari siihir, saka, santau tanpa ingin bergantung harap pada perawat lagi!

Dipersilakan #share untuk kesedaran rakyat Malaysia atas isu yang penuh kekeliruan ini!

Join Our FB Group jika ingin belajar rawat diri >> ” Mudahnya Rawat Diri! ” Dari SIiHIR, SAKA, SANTAU & Seumpamanya

Video:

#coachhanif #lawanjanganlayan! #mudahnyarawatdiri #nakubahsikap

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber Fb Hanif Ahmad – Jurulatih gangguan j1in

Be the first to comment

Leave a Reply