“Saya terima dugaan ini dengan hati terbuka..” – Hairul Azreen alami Kecederaan Ligament Kaki

PELAKON, Hairul Azreen memberitahu ligament pada anggota kaki kanannya putus ketika menjalani penggambaran filem Wira.

Hairul, 31, berkongsi khabar duka itu menerusi akaun Twitter miliknya, sekitar jam 5.56 pagi hari ini.

“Ligamen kaki saya putus masa buat stunt terjun dari tingkat 2, filem WIRA,” luahnya.

Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen pelakon tersebut, rata-rata peminat dan pelayar Twitter mendoakan agar bintang filem itu cepat sembuh.

Manakala menurut komen seorang pengguna media sosial berkenaan turut memberi nasihat.

“Berhati-hatilah semasa berlakon tu,” katanya.

Mengenai filem Wira berunsur aksi arahan pengarah filem Paskal, Adrian Teh, selain Hairul selaku terani utama, antara barisan lain dibarisi oleh pelakon hebat seperti Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Dain Said.

Rata-rata netizen turut mendoakan akan kesihatan Hairul dan kembali berlakon seperti sedia kala.

get well soon brother.

moga cepat sembuh boh

semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: instagram hairulazreen via astro awani

Be the first to comment

Leave a Reply