Aliff Syukri mahu derma wang & baju sempena hari raya utk keluarga berlaukan garam

Sejak beberapa hari yang lepas, telah tular mengenai seorang wanita beserta tujuh orang anak yang hidup seperti ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang’.

Menerusi laporan dari Malaysia Gazette, wanita yang dikenali sebagai Marsyila Zakaria memberitahu bahawa terpaksa berkongsi nasi berlauk air garam bersama 7 lagi anaknya selepas suaminya ditahan di Pusat Pemulihan. Tambahnya lagi, dia terpaksa menebalkan muka meminta beberapa biji telur ayam daripada jiran bagi mengisi perut anak-anak.

Aliff Syukri nak tolong

Sehubungan dengan itu, kisah duka keluarga Marsyila telah mendapat perhatian daripada pengasas kosmetik produk kesihatan terkemuka negara, Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Menerusi Instagramnya, beliau memberitahu bahawa ramai pelayar internet telah menekan butang tag keatas namanya terhadap artikel tersebut.

 

Niat beri sumbangan hari raya

Oleh hal demikian, beliau dengan rendah hatinya meminta pertolongan daripada netizen untuk membolehkan bertemu keluarga Marsyila. Menurut Aliff Syukri lagi, dia ingin memberikan sedikit sumbangan berbentuk duit, baju raya dan segala keperluan raya kepada mereka.

Menerusi ruangan komen daripada Instagram Aliff Syukri, rata-rata memuji sikap pemurah usahawan tersebut yang segera bertindak ingin membantu keluarga Marsyila. Beliau juga dilihat sempat membalas beberapa komen yang ditinggalkan netizen dengan ucapan terima kasih.

Beri maklumat Puan Marsyila

Semoga dato dimurahkan rezeki

Semoga rezeki Dato tak akan putus

Sedih baca kisah kakak tu

Ada terima zakat tapi tak cukup

Namun begitu, ada juga komen yang memberitahu bahawa keluarga tersebut sebenarnya telah mendapat bantuan daripada baitulmal dan juga zakat. Akan tetapi disebabkan perbelanjaan yang besar kerana menanggung anak-anak yang masih kecil membuatkanjumlah yang diterima tidak mencukupi.

Sumber : Aliff Syukri 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Be the first to comment

Leave a Reply