Ebby Yus semakin sihat, pilih tawaran berlakon

Ebby Yus semakin sihat, pilih tawaran berlakon

Pelawak dan pelakon Ebby Yus memdedahkan dia kini kembali mula melakukan aktiviti seperti biasa setelah hampir setahun berehat akibat masalah kesihatan.

Dia bagaimanapun masih memilih watak dan tawaran sesuai mengikut kemampuan.

“Saya lihat ada perubahan dalam diri dan kini kesihatan semakin baik. Sejak sebulan lalu saya telah kembali bekerja.

“Tawaran kerja memang banyak, tetapi saya harus memilih ikut kemampuan diri. Saya akan terima watak yang tidak memerlukan banyak pergerakan. Kalau boleh saya tidak mahu susahkan orang lain.

“Sampai bila saya nak mengharapkan bantuan orang sahaja. Tuhan telah beri sedikit kesihatan ini, jadi saya perlu kembali bekerja,” ujar Ebby Yus ketika dihubungi MHE TV.

Bercerita tentang tahap kesihatannya, kata pemilik nama penuh Muhammad Yunus Abdul Rashid, 55, ini dia masih menjalani rawatan di hospital seperti biasa di samping rawatan alternatif.

Ebby Yus mend3rita s4kit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu selain masalah kesihatan lain seperti g4strik dan d4rah tinggi.

Ebby Yus turut mendedahkan ada seorang wanita yang bermurah hati mahu mendermakan buah pinggang kepadanya.

Tawaran tersebut bagaimana ditolak, kerana menurut nasihat doktor dia belum perlu untuk menjalani rawatan tukar buah pinggang.

“Buat masa sekarang sakit buah pinggang saya masih di tahap tiga. Saya tidak perlu menjalani rawatan dialisis dan kata doktor tidak perlu jalani pemb3dahan.

“Sebab itu apabila ada yang sudi mendermakan buah pinggang, setakat hari ini saya belum memerlukannya lagi,” cerita Ebby Yus. – MHE TV

Artikel Sebelum : Pelawak Ebby Yus Lemah

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Ebby Yus ditahan kira-kira seminggu di Hospital Selayang sejak Khamis lalu kerana disahkan menghldap lemah j4ntung.

Bagaimanapun Ebby, 52, telah dibenarkan pulang dari hospital berkenaan sejak Khamis dan kini dinasihatkan doktor untuk berehat sebelum membuat rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada satu tempoh yang ditetapkan.

“Ya, baru semalam saya dibenarkan keluar setelah seminggu dirawat di Hospital Selayang. Saya mengalami kesukaran bernafas dan bengkak kaki sebelah kiri sehingga rasa begitu s4kit dan sukar nak berjalan sejak tiga bulan lalu.

“Selama tempoh rawatan, doktor memberitahu jantung saya sangat lemah mengepam sehingga menyukarkan proses pembuangan air di dalam badan. Saya juga turut menjalankan pemeriksaan buah pinggang,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun katanya setakat ini doktor hanya mengesahkan dia mengalami lemah jantung dan akan membuat rawatan susulan bersama pakar di HKL untuk pemeriksaan buah pinggang.

Dalam pada itu Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, pada awalnya dia tidak mahu hebahkan berita tersebut kerana enggan ia menjadi tular seperti sebelum ini.

Ebby ketika di rawat di Hospital Besar Selayang. Foto: Facebook Seniman.

Namun apabila ahli jawatankuasa Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Rina Tan memuatnaik status mengenai hal tersebut ke laman Facebook rasmi Seniman, barulah ada yang tahu.

“Kalau ikutkan saya tidak mahu hebahkan perkara ini sepertimana yang pernah tular sebelum ini.

“Apa-apa pun, terima kasih kepada rakan artis yang datang melawat antaranya Wan Maimunah, Eman Manan, Caca (Raja Lawak) dan Mee Raja Lawak serta beberapa lagi rakan artis maaf kalau saya terlupa nak menyebut namanya,” kata Ebby.

Tambahnya, dia kini dinasihatkan doktor agar mengawal sukatan minuman bagi mengelak masalah air berlebihan kerana jantungnya lemah untuk mengepam sebarang cecair di dalam badan.

“Sekarang saya perlu berehat, makan ub3t-ub3tan selain menunggu temujanji untuk rawatan susulan di IJN dan HKL mengikut tarikh yang diberi.

“Selain itu saya juga harus mengawal sukatan pengambilan air seminimum yang mungkin iaitu hanya seliter sehari,” katanya yang akan menghentikan buat sementara waktu aktiviti kerja seninya.

Sama-sama doakan agar Ebby Yus sembuh seperti sedia kala.

Sementara itu, Ebby ketika ditanya siapakah yang akan menjaganya selama tempoh berehat memandangkan dia masih bujang, dia akan berehat di rumah kakaknya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Sebentar lagi saya akan ke rumah kakak saya di Port Dickson dan beristirehat di sana sementara menunggu tarikh rawatan susulan ke IJN dan HKL dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Pada November 2015, Ebby pernah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, akibat masalah paru-paru dan jantung.

Kemudian pada 8 Febuari tahun lalu, dia sekali lagi dirawat selama seminggu di IJN atas masalah yang sama.

Sama-sama kita doakan agar kesihatan pelakon dan pelawak terkenal ini terus sembuh seperti sediakala.

Sumber : MHETV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply