“Tak Pernah Dalam Jangkauan Akal Yang Zuriat Sendiri Mengimamkan Tarawih”- Norman Hakim Terkejut, Danish Jadi Imam!

Pelakon Norman Hakim terharu dan tidak menjangka apabila anaknya Danish Hakim, 16, telah diberi kepercayaan pertama kali menjadi imam untuk solat sunat Tarawih.

Solat tersebut turut dimakmumkan Norman bersama ahli-ahli Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP.

Norman berkata dia amat berbangga dengan anaknya dan ia merupakan satu kurniaan yang cukup besar dalam hidupnya.

“Bersama sebahagian daripada warga Darul Ilmi selesai Isyak dan Terawih”

Hari penting buat Danish

“Hari penting dalam hidup saya dan of course hari penting dalam hidup Al-Hafiz @danishhakimofficial ;

kali pertama Danish diberi mandat menjadi Imam Tarawih di Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP

“Lepas majlis Iftar Skop Productions,Allah bagi izin jugak untuk saya berada di venue ke-2 untuk bagi support pada Danish.

Memang dia tak tahu yang saya akan datang dan saya sendiri pun tak jangka boleh sampai pada waktu sebab jarak antara kedua-dua tempat agak jauh

“Reaksi Danish wallahualam tapi nampak dia terpegvn dab happy sangat bila saya senyum dibelakang dia.Lepas selesai dia tanya

“macam mana papa boleh sampai dan boleh tahu abg kat sini?”

Saya jawab

“U are my world and i’ll be there for you especially on your important day”

(mudir & tenaga pengajar dia adalah bff saya,dah tentu setiap saat perangai & pergerakan dia akan sentiasa sampai pada saya.Dia tak tahu yang tu)

Tak terjangkau akal

“Alhamdulillah syukur,tak pernah dalam jangkauan akal yg zuriat sendiri akan mengimamkan terawih.Hadiah nan Agung dari Allah s.w.t, mungkin sebahagian dari doa yg didengariNya ketika pintu langit terbuka,mungkin di dalam LailatuIqadar tahun-tahun sebelumnya wallahualam

Nikmat Allah

“Terima kasih Allah s.w.t atas nikmat kurniaanMu walau sedar khiIaf hambaMu ini masih tak melayakkanku untuk semua kurniaanMu.Tapi Kau tahu Aku tak pernah Ielah berusaha menagiih taubat & kasih sayangMu,” tulisnya.

Norman berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bersama semua jemaah selepas selesai solat.

Dalam entri yang lain, Norman turut memuat naik video ketika anaknya mengimamkan solat tarawih.

Rata-rata pengikutnya terharu dan akui mengaIirkan air mata saat mendapat tahu perkara tersebut malah berbangga dengan cara didikan Norman dan bekas isterinya, Abby Abadi.

Danish yang mengikuti pengajian di Madrasah Uthmaniyah Tahfiz, Bangi telah menyambung pengajian tahfiznya ke Turki sebelum ini.

Danish merupakan anak hasil perkahwinan Norman bersama Abby terdahulu.

Selain Danish mereka juga dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Marissa Dania, 14, dan Maria Danisha, 12.

Sumber : Astrogempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply