Rezeki Selalu Beri Makanan Kepada Haiwan Jalanan, Lelaki ini Dihadiahkan Sebuah Motosikal oleh CEO Modenas

Aman Shah Return telah berkongsi satu kisah yang meruntun hati melibatkan seorang lelaki berhati mulia dan ikhlas dalam memberi makan kepada haiwan jalanan. Menurut Aman Shah Return, kemuliaan hati lelaki ini telah sampai ke pengetahuan CEO syarikat Modenas yang kemudiannya mengambil keputusan untuk menghadiahkan lelaki tersebut sebuah motosikal baharu.

My Info Harian

Sejak kisah lelaki yang dikenali sebagai Anfalazie Anuar, 30 tahun ini menular, dia menerima banyak panggilan dan mesej masuk daripada orang ramai yang berminat untuk menawarkan sumbangan kepada lelaki ini.

Anak sulung daripada tiga beradik yang lebih mesra dengan panggilan Ann ini memaklumkan bahawa dia menerima banyak bantuan dalam bentuk wang ringgit yang kemudiannya digunakan untuk membeli makanan anjing dan kucing.

My Info Harian

“Syukur ramai yang tampil membantu. Apa yang saya paling gembira buat masa ini, saya dah langsai hutang-hutang beli makanan kucing dan anjing berjumlah lebih RM1,000.”

Tambahnya lagi, “Kalau dulu, saya selalu pening kepala fikir macam mana nak uruskan upah dan gaji yang saya terima dengan perbelanjaan peribadi dan nak beli makanan haiwan-haiwan itu lagi.”

Semoga rezeki Ann akan bertambah luas dengan kebajikan dan kebaikan yang dilakukannya itu…

Sumber: Aman Shah Return|Facebook

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: erabaru

Be the first to comment

Leave a Reply