[VIDEO] “Alhamdulillah, Hidup Saya Complete….” – Kongsi Moment Jumpa Ammy Search, Nabila Huda Kelihatan Sangat Gembira

Nabila Huda binti Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Nabila Huda ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis, merupakan anak sulung kepada legenda rock terkenal Amy daripada kumpulan Search.

Baru-baru ini Nabila pernah memuat naik satu video lama ketika dia membuat persembahan bersama ayahnya Ammy Search untuk mengucapkan selamat hari bapa dan juga menyatakan rasa rindu kepada ayahnya. Seperti yang diketahui umum, Nabila dan ayahnya sudah lama tidak berjumpa ekoran daripada masalah peribadi antara mereka sekeluarga. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dear papa, Tak Kira berapa jauh, berapa tahun kite tak berjumpa ,apa jua pun keadaan Yang kite lalui , abil just Nak papa tau, you’re always on my mind. Every single minute and second I will always miss you. I miss everything about you. Your laugh , your jokes , the way you talk , Your cooking ,The way you explain to me the Same thing repeatedly every year.Walaupun waktu yang kite bersama tu kurang ,bila ingat all the memories , abil akan senyum sendiri..You know we never had a chance to spend our time together since I was young. Kite Tak pernah ada peluang like 2 of us travel and buat benda macam Anak and bapak orang lain. Every time I went to my friend’s house, abil jealous nampak relationship dorang dengan their own dad . Abil Nak Peluk papa, hold your hands , dating berdua. I Never Had a chance. I just want you to know that I never blame you or mama because both of you separated and I kena go through hidup yang tak sama macam orang lain. I always adore you ! You’re my idol..You’re the coolest dad that I ever had ! No one can replace you..I know I’m not a good daughter dari mata some orang. I know there’s a lot of people out there kept on talking bad about me. Anak derhaka la,lupa bapak la Itu la Ini lah..I think you know me better, you know what I’m doin.. It doesn’t matter how hard orang cuba Nak jauh kan kite dengan pelbagai drama, you’re always in my heart papa.If you hate me pun , I still love you so much. Because I love you so much, abil korbankan our relationship..Just to make you and other people happy..You’re too old Nak go through same shit , drama here and there in your life..Maybe we don’t belongs to each other cuz banyak sangat rintangan Nak kena lalui.I’ll pray for your happiness papa. Papa dah ada your own family..You deserve to be happy! Abil akan sentiasa tunggu message or call from you..Abil redha mungkin Ini lah jalan Yang Sudah tertulis Untuk hidup kite berdua..Abil sentiasa maafkan papa whatever Yang papa buat abil terasa or buat abil sedih. Abil doa kan papa sentiasa Di berikan kesihatan Yang baik. Abil sayang papa and abil rindu papa sangat.. Happy father’s days Suhaimi bin Abdul Rahman❤

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Terbaru, semalam dalam satu ruangan posting di laman instagramnya, Nabila atau lebih gemar disapa sebagai Abil berkongsi satu video melalui laman instagram Erma Fatima menunjukkan detik dimana dia telah berjumpa dengan ayahnya itu. Menulis kapsyen “Alhamdulillah..Hidup Saya dah complete skarang…❤️” , Abil kelihatan begitu gembira dalam video tersebut.

VIDEO;

Rata-rata peminat dan juga rakan artis tutur memberikan komen yang positif dengan pertemuan mereka berdua itu.

Alhamdulillah…happy for you

Berkat doa semua…

Keluar air mata tengok sebenarnya… alhamdulillah

Kami mendoakan semoga pertemuan ini menyatukan dua hati antara mereka supaya dilupakan kisah lama yang menyebabkan ketegang4n antara mereka. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: IG @kupu_kupu via limaumanis

Be the first to comment

Leave a Reply