Prakriti Malla, mempunyai tulisan paling cantik dan sempurna di dunia ibarat ditaip menggunakan komputer

Kanak-kanak akan mempelajari pelbagai jenis kemahiran ketika mereka membesar. Antara kemahiran yang dimahiri adalah ketangkasan pergerakan kaki dan tangan, kekuatan daya kardiovaskular dan sebagainya.

Namun berbeza dengan gadis berusia 14 tahun ini yang berjaya menempa nama dan membuatkan semua orang mengaguminya kerana memiliki tulisan yang begitu sempurna ibarat ditaip menggunakan komputer!

Prakriti Malla yang berasal dari Dhankuta, Nepal adalah seorang pelajar yang menuntut di Sainik Awasiya Mahavidyalaya. Nama Malla mula menjadi sebutan di seluruh dunia setelah esei hasil nukilannya menunjukkan tulisan yang sangat cantik serta kemas!

Malla turut mendapat pujian daripada Dr Kristin Ferguson dari Queensland, Australia yang begitu mengagumi tulisannya itu…

“Ini adalah tulisan tangan seorang pelajar Tahun 8 dari Nepal iaitu Prakriti Malla yang dikenali sebagai tulisan tangan paling cantik di dunia.”

Jika seorang kanak-kanak mampu mengembangkan kemahiran tulisan yang cantik seperti ini, mungkin kita juga perlu menggunakan kaedah pen dan kertas, bukannya menulis di komputer dan mencetaknya.

Penularan tulisan tangan yang sempurna ini meraih pelbagai reaksi positif daripada netizen. Antaranya:

“Kanak-kanak sekolah rendah di Jepun perlu mempelajari cara menulis dengan menggunakan berus kaligrafi tebal bagi menulis tulisan kanji. Ia adalah satu bentuk seni dan memerlukan kemahiran yang tinggi.”

Sumber: BBC, Dr Kirstin Ferguson‏/Twitter via Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply