“Alhamdulillah, I Am A Mother” – Juliana Evans Selamat Bersalin

Pelakon dan pengacara, Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.

Berita gembira itu diumumkan Juliana menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik satu foto di ruangan Insta Story miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah, I am a mother,” tulisnya ringkas.

 

Selain itu, foto yang dikongsi itu juga merakamkan wajah Juliana sedang tersenyum sambil memandang anak kesayangannya yang sedang tidur.

Bagaimanapun Juliana belum lagi bersedia untuk berkongsi wajah penuh anaknya.

Terdahulu, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak /catatanterakhir

Be the first to comment

Leave a Reply