‘dulu saya pernah dijulang’ Saya kini asnaf – Shima

“Gugvr jantung apabila diberitahu saya kini dikategorikan sebagai golongan asnaf,” luah penyanyi Shima berkenaan status kehidupannya sekarang.

Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 50, berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mengunjungi kediamannya hari ini.

“Malah mereka memohon maaf kepada saya sebelum menyebut perkataan ini.

“Mereka juga berjanji akan buat sedaya upaya dan tengok apa yang LZS boleh bantu saya.

“Tak dinafikan hiba juga mendengarnya tapi apa nak buat kerana ini kenyataan yang perlu saya terima,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki itu mengakui suatu ketika dahulu kehidupannya agak mewah.

“Memanglah dulu saya dijulang dan undangan persembahan pula tak putus diterima.

“Tapi sekarang saya terima hakikat sedang susah. Tak perlu saya ego nak menafikan perkara ini kerana ia ujian Allah.

“Saya tak pernah minta apa-apa daripada masyarakat. Tapi peluang tak diberikan untuk mencari rezeki. Malah persembahan yang bayar murah pun saya pergi,” katanya.

Menurutnya, dia juga sudah lama tidak muncul dengan lagu terbaru, manakala penganjur pula lebih cenderung mengundang artis baru untuk membuat persembahan.

“Cuma lagu lama saya kerap dimainkan di radio tapi hasil royalti yang dapat bukanlah banyak sangat,” katanya.

Shima yang popular pada pertengahan 1990-an sudah lama menderit4 s4kit saraf serta s4kit belakang dan mendapatkan rawatan secara berkala di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Terbaru, dia juga mengalami s4kit lemah pundi kencing dan perlu menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi masalah itu.

“Makin lama kehidupan makin sukar kerana masalah s4kit belakang semakin serius membuatkan saya terpaksa berehat seketika daripada berniaga.

“Untuk sembuh memang mustahil dan kalau buat pembedahan risikonya 50:50. Duit pun banyak keluar. Saya perlukan sekurang-kurangnya RM600 sebulan untuk tujuan perubatan, manakala sewa rumah pula RM600.

“Wang simpanan saya ketika berniaga terpaksa dikeluarkan untuk tujuan perubatan dan lain-lain kegunaan,” katanya.

Shima turut berhasrat untuk mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan berharap ada mana-mana pihak tampil membantunya.

Sementara itu penderit4an Shima mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang mengunjunginya hari ini.

Elizabeth berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu meringankan penderit4an yang ditanggung Shima.

“Saya menghulurkan sumbangan peribadi dan peruntukan sebagai ADUN buatnya.

“Selain itu, saya dengan bantuan ahli majlis di sini akan cuba cari lokasi yang sesuai untuk berniaga kerana lokasi sedia ada tidak mempunyai lesen.

“Saya harap peminat dapat bantu Shima. Dia pernah menghiburkan serta menggembirakan peminat dan bantuan sewajarnya perlu diberikan terhadapnya,” katanya.

Sumber: harianmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply