“Bomba tu nak jatuh, disambut pengantin perempuan” – Photosh0ot pra-perkahwinan jadi scene filem Spider-Man

FOTO pra-perkahwinan melibatkan seorang anggota bomba bersama bakal isterinya menarik perhatian ramai kerana 4ksi yang dipaparkan persis filem adiwira popular H0llywood, Spider-Man.

Wanita berkenaan, Nordiana Nadira Zainudin, 21, sewaktu dihubungi mStar berkata, konsep foto berkenaan merupakan idea bersama antara dia dan tunangnya serta rakan sekerja lelaki itu.

“Kami sh0ot tu pada hari Ahad minggu lepas. Memang bakal suami saya kerja bomba, jadi saya nak cuba buat gambar lain dari yang lain.

“Idea ni saya bincang dengan dia dan juga pegawai bomba di tempat dia  bertugas. Mereka yang bagi idea untuk buat style macam tu.

“Tapi tak terfikir pun ia akan nampak macam Spider-Man. Gambar tu bagi saya, nak buat kenangan. Nak tunjuk kat anak-anak nanti,” ujarnya yang mesra disapa Diana sewaktu dihubungi.

 

Masa sh0ot tu, kami turut dibantu anggota bomba yang lain. Mereka dah siap set up tali rescue tu semua. Ada anggota bomba yang tolong. Sampai-sampai, terus boleh sh0ot.

MUHD FARHAN MOHD NOOR HISHAM JURUGAMBAR PERKAHWINAN

Menurut Diana, dia sudah berkenalan dengan bakal suaminya, Mohammad Azri Aziz, 24, sejak di bangku sekolah lagi.

Malah pada waktu itu, Mohammad Azri belum lagi menceburi kerjaya sebagai anggota bomba.

“Saya kawan dengan dia masa saya sekolah lagi, masa saya tingkatan lima. Dia pula masa tu kerja kilang Proton.

“Saya pun sebelum ni pernah kerja Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), tapi saya dah berhenti. Saya juga pernah kerja nurse, sekarang saya kerja pejabat sahaja di Kota Kemuning, Selangor.

“Bila pilih bakal suami yang kerja badan beruniform ni, kena terimalah kerjaya dia. Biasanya memang masa tak cukup, kerja pagi sampai malam.

Diana menyokong sepenuhnya kerjaya Mohammad Azri sebagai anggota Bomba.

“Kena faham jadual kerja dia yang padat. Saya bersyukur dan bangga sebab kerja dia selamatkan negara biarpun risau dengan risiko. Saya sokong dia dari belakang,” katanya lagi.

Diana dan Mohammad Azri bakal dinikahkan sekitar penghujung tahun ini dan memilih untuk merahsiakan dahulu tarikh perkahwinan mereka.

Mengulas sesi penggambaran pra-perkahwinannya yang dibuat terlebih awal pada minggu lalu, Diana ternyata mempunyai jawapan tersendiri.

“Saya sh0ot siap-siap sebab tak nak ganggu masa saya nanti. Sewaktu majlis, saya tak perlu terburu-buru nak keluar sh0ot gambar.

“Jadi saya boleh fokus untuk layan tetamu yang hadir ke majlis kami,” katanya lagi.

Dalam pada itu, jurufoto yang bertanggungjawab menghasilkan gambar itu, Muhd Farhan Mohd Noor Hisham, 20, mengakui gembira apabila karyanya bersama rakan, Amaluddin usman, 21, menerima reaksi positif orang ramai.

Antara pujian yang diterima menerusi Twitter.

Mesra disapa Farhan, dia turut menjelaskan perincian kepada konsep berkenaan yang disifatkan ramai seperti 4ksi dalam filem Spider-Man.

“Konsepnya, bakal pengantin lelaki pakai uniform manakala pasangannya pakai baju pengantin. 4ksinya macam bomba tu nak jatuh, disambut oleh pengantin perempuan.

“Masa sh0ot tu, kami turut dibantu anggota bomba yang lain. Mereka dah siap set up tali rescue tu semua. Ada anggota yang tolong, sampai-sampai terus boleh sh0ot.

Farhan (kiri) bersama Amaluddin (kanan) yang bertanggungjawab menghasilkan foto pra-perkahwinan melibatkan pasangan itu.

“Bagi saya ini gambar paling rare saya pernah hasilkan. Tapi pada awalnya tak terfikir pun pasal Spider-man.

“Impian saya lepas ni nak sh0ot berkonsepkan alam sekitar, photosh0ot melibatkan haiwan,” ujarnya yang juga penuntut di Kolej Vokasional ERT Setapak, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, sesi penggambaran berkenaan diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Panglima Garang, Selangor.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : mStar

 

Be the first to comment

Leave a Reply