[VIDEO] “Ainul kalau dengan Walid dia mesti tersengih-sengih” Ainul Mardhiah Semakin Ceria

Siapa yang tak kenal dengan adik Ainul Mardhiah, kesayanga seluruh rakyat Malaysia yang menghidap ketumbuhan di bahagian mulut tempoh hari.

Kisahnya benar-benar telah berjaya menarik perhatian netizen hinggakan mereka semua seperti bersatu hati mendoakan agar bayi tersebut terus kembali sihat.

Berita kejayaan pembedahan membuang ketumbuhan di London membuatkan adik Ainul sentiasa dilimpahi dengan doa dan kata-kata semangat dari seluruh rakyat Malaysia.

Selepas pulang, Ainul dilaporkan semakin aktif dan membesar dengan baik selepas menginjak umur satu tahun.

Terbaru, ibunnya Nurul Erwani telah memuat naik satu video di mana suaminya bergurau dengan cahaya mata kesayangan mereka itu.

Adik Ainul nampak sangat aktif dan ceria walaupun masih memakai tiub perubatan di bahagian lehernya.

“Ainul kalau dengan Walid dia mesti tersengih-sengih nak ajak main. Gedik-gedik nak manja dengan Walid dia. Tidur pun kadang-kadang nak walid ada dekat sebelah dia

“Tapi kalau walid usik mainan tiub Ainul, Ainul terus merajuk. Kelakar je Ainul ni”

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ainul kalau dengan Walid dia mesti tersengih-sengih nak ajak main. Gedik-gedik nak manja dengan Walid dia. Tidur pun kadang-kadang nak walid ada dekat sebelah dia😄 Tapi kalau walid usik mainan tiub Ainul, Ainul terus merajuk. Kelakar je Ainul ni🥰

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

Rata-rata netizen meninggalkan komen memuji kecomelan Ainul dan mendoakan Ainul sentiasa sihat walafiat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: instagram _nrlerwani via yoy.my

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.