Guru Wanita Terkejut Dapat Ayam Dari Pelajar Sebagai Hadiah Hari Guru

Walaupun tidak semua menghargai dedikasi yang diberikan para guru untuk mendidik generasi muda kita, sekali setahun mereka akan diberikan perhatian khas melalui sambutan hari guru.

Pada hari bermakna ini, pelajar akan membawa hadiah-hadiah istimewa untuk guru kegemaran mereka sebagai tanda penghargaan. Kebanyakan pelajar akan memberikan hadiah bunga, makanan, coklat dan kraf tangan berserta dengan nota kecil, berbeza dengan seorang pelajar ini.

Claude yang bekerja di Sekolah Rendah Banwalan berkata sehari sebelum sekolahnya menyambut hari guru, dia telah menggalakkan para pelajarnya untuk memberikan sesuatu kepada guru-guru mereka di sekolah.

Apabila salah seorang pelajar bertanya kepadanya jika dia boleh membawa seekor ayam, dia menyangka pelajar itu hanya bergurau dan mengatakan apa sahaja hadiah boleh diberikan, yang penting ikhlas dan meminta izin dari ibu bapa dahulu.

Dia walau bagaimanapun tidak menyangka akan benar-benar menerima hadiah seekor ayam dari pelajarnya itu.

Guru-guru lain mencadangkan agar mereka memasak ayam itu dan memakannya, tetapi Claude ingin merakamkannya terlebih dahulu kerana ia merupakan kali pertama dia menerima seekor ayam sebenar.

Sumber: Bored Panda via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply