Dah tak mampu bergeIek, M Daud Kilau lupakan dunia hiburan

Pemilik nama Muhammad Daud Kilau itu berkata, beliau kini tidak mampu untuk berdiri bagi menjayakan persembahan tarian atau bergeIek di atas pentas.

Sebaliknya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek dan GiIa Juddi itu perlu melakukan rawatan susulan hampir setiap minggu di klinik dan h0spital.

“Saya menghidap sak!t kenc!ng manis, kebas kaki dan tangan serta pinggang yang rasanya sak!t sangat.
“Saya dah tak larat nak berdiri dan bergelek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi,” katanya kepada Perak Gazette.

Penyanyi berusia 81 tahun itu juga terp@ksa menolak semua tawaran persembahan termasuk di Singapura oleh kumpulan Black Dog Bone walaupun beliau ditawarkan hanya duduk di atas pentas.

“Saya menoIak untuk membuat persembahan kerana saya tak boleh berdiri lama, saya selalunya lincah di atas pentas.
“Kalau datang duduk saja (di atas pentas) tak elok. Tak kan nak tunjuk muka saja. Black Dog Bone kata datang saja, mereka buat persembahan dan saya duduk saja,” ujarnya.

Tambah M Daud Kilau, beliau tiada sebarang perancangan dalam dunia hiburan setakat ini dan hanya mahu menghabiskan sisa hidup malah bersyukur Allah SWT masih memberikan peluang untuk bern@fas.

Sumber : Perak Gazette

Via OMM via viral.bbn

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply