Gadis Dedah Terlalu Gil4kan Pemain Harimau Malaya Sampai Depr3si

Sudah menjadi lumrah setiap daripada kita pasti akan ada idola kita masing-masing sama ada selebriti atau pun bintang bola sepak. Adakalanya bukan kerana 4ksi atau bakat membuatkan mereka diminati, tetapi rupa paras juga antara faktor mereka digilai peminat.

Seperti seorang gadis ini, Siti Aminah Adnan mendedahkan dia pernah mengalami depr3si kerana terlalu meminati pemain sayap skuad Harimau Malaya, Akhyar Rashid.

Menurutnya, dia kemurungan tahun lalu gara-gara hasrat untuk bertemu pemain bola sepak itu tidak kesampaian.

“Waktu itu saya ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menonton perlawanan bola sepak. Masa itu memang niat saya nak jumpa dengan Akhyar sebab saya betul-betul minat dia. Tapi hasrat nak jumpa dia tak tercapai.

“Masa itu saya nak ambil gambar dengan dia tapi salah seorang peminat yang lain tolak saya j4tuh sampai siku tangan terlvka. Saya murung dekat sebulan, rasa macam bukan diri saya saja. Kadang-kadang menangis kerana tak boleh terima apa yang terjadi,” katanya.

Gadis berusia 18 tahun dari Kedah itu berkata sepanjang tempoh sebulan itu selera makannya berkurang dan turut mengalami masalah tidur. Bagaimanapun, dia keadaannya sudah kembali seperti sedia kala selepas dinasihati rakan dan keluarga.

Ujarnya lagi, dia masih menyimpan hasrat untuk bertemu pemain pasukan JDT itu sekiranya diberi peluang.

Menurut Siti, dia mula meminati Akhyar sejak pemain kebangsaan itu bernaung di bawah pasukan Kedah lagi. Malah, galeri telefon bimbitnya turut dipenuhi dengan foto Akhyar.

“Saya minat dia sebab kacak, itu sudah pasti. Tapi perangai lawaknya juga buat saya meminatinya.

“Kalau diberi peluang untuk jumpa, saya nak beri dia hadiah dan bergambar dengannya. Tapi kalau betul dapat jumpa, saya rasa terharu tak tahu nak cakap apa,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: vitdaily via Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply