“Tak Dapat Berjalan Dan Terp4ksa Berkerusi Roda,” – Dilahirkan Tanpa Kaki, Ibu Mimi Fly ONE Tetap Cekal Besarkan Anak-Anak.

Menerusi Nona, ibu kepada penyanyi One Nation Emcees, Mimi Fly iaitu Ramlah Md Jalee ini layak digelar Superwoman atas kehebatannya menguruskan rumah tangga dan tiga anak.

Tidak pernah menanggap kekurangan diri sebagai halangan, walaupun telah kem4tian suami, namun dia tetap cekal meneruskan perjuangan.

 

Lebih menakjubkan, dia yang dilahirkan tanpa sepasang kaki ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ibu Gemilang 2018.

“Dengan keadaan saya yang tidak dapat berjalan dan terp4ksa berkerusi roda, memanglah satu cab4ran besar untuk menguruskan anak-anak semasa kecil.

“Cuma cara saya mendukung anak-anak, memasak, memandu, menaiki tangga dan keluar bekerja berbeza berbanding ibu-ibu lain.

“Saya terp4ksa membawa anak-anak ke rumah pengasuh dengan kereta kerana saya bekerja manakala suami pula seorang ahli perniagaan.

“Saya tak pernah salahkan sesiapa dengan keadaan saya seperti ini. Saya percaya, Allah SWT berikan kelebihan dan kekurangan untuk setiap makhlukNya. Dalam kehidupan ini, saya melihat ada keadaan orang yang lebih teruk daripada saya,” katanya seperti yang dipetik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My glam team did it again! Love love love you! Makeup by @moniqa.oniqa Hair by @hamidijamili Men’s makeup/Styling by @aqmal.adly Outfit by @ameliahassanfd Hair extensions by @jeffleethc Lashes and nails by @fabulash.my Photo by @lensamerahku @lmerahku #GegarVaganza2019 #ONENATIONEMCEES #ONEGV19 #MimiFlyGV19 #SabhiGV19 #KozaeGV19 #JojoeGV19

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy) on

 

Punya kelulusan dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dari Universiti Malaya, jelasnya, dia harus berdikari untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini.

“Saya membuktikan, walaupun seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU), kesedaran untuk menjaga diri sendiri menjadi paksi agar saya terus berusaha untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau ini.

Saya harus berdikari tanpa mengharapkan sesiapa.

Jika saya tidak menolong diri sendiri, siapa yang sanggup membantu saya buat selamanya? Jadi saya harus kuat dan sentiasa positif,” ulasnya lagi.

Kemunculan Ramlah menerusi segmen Gegar Vaganza bersama Mimi nyata membuka mata netizen apabila melihat keazaman wanita hebat ini membesarkan anak-anaknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

This is my mother. Thank you @majalahnona for this interview. Check out the rest of it on Youtube guys. Link is in my story. Swipe up. Happy weekends. @ramlahjalee

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy) on

 

Sumber : Nona & Instagram Mimi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply