“Kami hantar susu naik bas ekspres” – Pernah Diketawakan Promoter & Buyer, Bos Farm Fresh Cerita Jatuh Bangun Bisnes

Bagi korang yang menonton Gegar Vaganza (GV) setiap minggu, pasti korang kenal dengan bos susu Farm Fresh iaitu Encik Azmi Zainal. Setiap minggu di GV, Farm Fresh pasti isi program ini dengan segmen kongsi rezeki kan?

Dah banyak artis yang dibantu bos susu kita ni seperti Zaiton Sameon, Aida Agil, Shima dan yang terbaru minggu lepas, Hail Amir. Tapi di sebalik kejayaan Encik Azmi, korang tahu tak jatuh bangunnya dalam mengusahakan syarikat ini? 

Sumber: Facebook

Jom baca perkongsian Azmi Zainal sendiri di Facebook

 

“Kami bermula dengan 60 ekor lembu… kami hantar susu-susu tu naik bas ekspres” 

Ramai yang mungkin tak percaya, tapi siapa sangka Azmi sebenarnya telah memulakan bisnes ini hanya dengan 60 ekor lembu dan membeli susu dari penternak pada awal permulaan bisnes.

Tambah Azmi, lebih mengejutkan, mereka terp4ksa menghantar susu-susu yang nak dijual itu menaiki bas ekspres kerana tak ada lori yang heran pun untuk setakat hantar 10 ke 20 kotak susu ke KL. Alahai… 

Sumber: Facebook

“Biarlah itu company kecik… kita tak payah usik, nanti dia sendiri m4ti maaa”

Tak cukup dengan itu menurut Azmi, mereka juga pernah ditertawakan dan dipandang rendah oleh competitor, buyer dan promoter-promoter kerana syarikat masih kecil.

Malah ada juga yang mempertikaikan sama ada mereka ni boleh bayar gaji pekerja atau tidak hanya kerana bosnya memakai selipar untuk bekerja. Kesiannya… 

Sumber: Facebook

“Sponsor GV paling tenang setakat ni” – Netizen

Netizen yang membaca kisah inspirasi Azmi ini salute sungguh dengan kegigihan dan keberaniannya dalam berbisnes. Semoga apa yang dikongsikannya menjadi inspirasi buat semua.

Sumber: Facebook

Bagi min, Farm Fresh penaja GV yang paling best setakat ni! 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Sumber: Lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply