Kehadiran Penuh Di Sekolah Ini, Ganjaran ‘Hebat’ Diberikan Pada Pelajar!

Menjalani hidup sebagai insan bergelar pelajar semestinya memerlukan komitmen yang tinggi untuk datang ke sekolah. Sememangnya itu tugas dan tanggungjawab buat mereka yang dinamakan pelajar supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Baru-baru ini tular di sosial media dengan inisiatif sebuah sekolah yang menyediakan hadiah buat pelajar dengan kehadiran penuh ke sekolah. Apa yang menariknya adalah hadiah yang disediakan bukan biasa-biasa tau. Ada motosikal, televisyen dan pakej percutian ke Pulau Langkawi!

Dinamakan Program Ponteng Sifar (Proposif) 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor ini menyediakan hadiah-hadiah hebat ini buat pelajar mereka yang memiliki rekod kehadiran penuh.

Menerusi perkongsian oleh pengguna Twitter Nura, bagi kehadiran penuh 100% semuanya akan menerima peralatan sekolah dan hadiah utama diberikan melalui cabutan bertuah.

Perkongsiannya itu telah meraih perhatian ramai dengan lebih 18,900 retweets serta 19,400 likes sejak beberapa hari lalu dimuat naik.

Rata-rata netizen meninggalkan komen mereka seperti berikut:

“Ni lah jadi kalau PIBG aktif….”

“Ni la yang jadi kalau pengetua, cikgu dan ibubapa main peranan……Salute sekolah ni”

“Bestnyaaa”

“Uish sekolah kami baru dapat basikal. Sabar japp tahun depan mesti advance sikitt”

Sumber: nrqlhosh via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply