“Sebelum melamar saya minta izin anak-anak dahulu” – Beza Usia 19 Tahun, Eizlan Yusof Bakal Tamatkan Zaman Duda Dengan Gadis Serani

SELEPAS empat tahun menduda, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan wanita pilihannya, Natasha Rosa Boudville pada 12 Disember ini.

Eizlan, 48, berkata dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan wanita berketurunan Serani itu pada September lalu selepas empat tahun berkenalan.

“Saya dan Natasha sudah lama berkawan sejak empat tahun yang lalu menerusi sahabat kami. Tapi sepanjang perkenalan itu kami tidak bercinta, hanya berkawan rapat sahaja.

“Pada sekitar tiga bulan lalu, saya ambil keputusan melamarnya secara spontan dan Alhamdulillah dia menerima lamaran saya. Insya-Allah kami akan bernikah pada 12 Disember ini,” kata Eizlan kepada mStar.

Eizlan bakal berkahwin dengan wanita berketurunan Serani pada minggu depan.

Eizlan mengumumkan perkara tersebut pada sidang media khas Cinta Luar Biasa Datuk Seri Eizlan Yusof di Bora Ombak, Putrajaya pada Isnin.

Pasangan itu akan disatukan sebagai suami isteri pada 12 Disember ini di Bora Ombak, Putrajaya manakala majlis resepsi bakal berlangsung di lokasi yang sama sehari selepas pernikahan.

Dalam pada itu, Eizlan memberitahu Natasha yang bekerja di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu sebelum mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

 

Natasha sudah memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu sebelum kami ambil keputusan untuk berkahwin.

EIZLAN

PELAKON

Tambahnya lagi, dia memilih Natasha sebagai pasangan hidup disebabkan berperwatakan wanita berusia 29 tahun itu yang menarik, selain mendapat kebenaran daripada tiga orang anaknya.

“Sebenarnya Natasha sudah memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu sebelum kami ambil keputusan untuk berkahwin. Saya terbuka hati untuk berkahwin disebabkan perwatakan dia yang kelakar.

“Selain itu, dia sangat rapat dan prihatin dengan anak-anak saya. Sebelum saya melamar dia, saya ada minta izin anak-anak terlebih dahulu dan Alhamdulillah mereka sangat gembira,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini enggan mendedahkan wajah bakal isterinya sehingga hari pernikahan mereka. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My sweet babies @viezaarakhan @zareefyusofofficial @viezaalia #MySweetHeart #MyPrecious #SyukurToALLAH #VieZaara #ZareefYusof #VieZaalia

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply